Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Siap Panjat Meja Bila Nampak Biawak" - Gelagat Abang Sado Menggelupur Ini Curi Tumpuan

Dengan akak tu sekali ditolaknya, adoi lawak!

Cover image via @afiqperoduaviral (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Lumrah bagi setiap manusia, pasti ada perasaan takut atau fobia terhadap sesetengah haiwan bukan?

Ada yang takut lipas, ular, tikus, cicak, dan macam-macam haiwan lagi. Tidak kiralah lelaki atau perempuan, kalau perasaan takut itu dah datang, memang tak fikir orang lain dah.

Sama juga seperti sebuah rakaman viral di TikTok ini yang memaparkan gelagat tiga orang pekerja di dalam pejabat lari menggelupur apabila seekor biawak masuk telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Masing-masing melompat atas meja, aksi abang sado paling mengundang dekah

Menerusi perkongsian video daripada @afiqperoduaviral, kelihatan tiga orang pekerja itu sedang mengawal rasa takut kerana tiba-tiba didatangi seekor biawak dalam pejabat mereka.

Pekerja wanita dan salah seorang pekerja lelaki dilihat sudah berdiri di atas kerusi dan meja masing-masing. Manakala seorang lagi masih cuba untuk act normal.

Namun, sebaik saja biawak itu memecah masuk pejabat itu dengan laju, mereka serentak menjerit dan melompat ke atas meja sebelum berlari turun keluar dari situ.

Lebih menghiburkan lagi, lelaki yang dikatakan abang sado sempat menolak rakan wanitanya sehingga terjatuh dan mereka sama-sama keluar cepat-cepat dari pejabat itu.

Image via @afiqperoduaviral (TikTok)

"Abang tu mengamalkan konsep love yourself. Haha tak budiman betul laki yang tolak akak tu" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 1.3M tontonan, 82.6K tanda suka dan 5.7K perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat mereka bertiga.

Malah, ramai yang mengatakan abang sado itu tidak gentleman kerana dia lebih takut dan kelam-kabut berbanding kawan-kawannya yang lain.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @afiqperoduaviral (TikTok)

Image via @afiqperoduaviral (TikTok)

Image via @afiqperoduaviral (TikTok)

Image via @afiqperoduaviral (TikTok)

Image via @afiqperoduaviral (TikTok)

Image via @afiqperoduaviral (TikTok)

Image via @afiqperoduaviral (TikTok)

Image via @afiqperoduaviral (TikTok)

Image via @afiqperoduaviral (TikTok)

Image via @afiqperoduaviral (TikTok)

Aduhai, betul punya takut abang tu sampai tak fikir orang lain dah, nasib baik tak terhantuk kepala akak tu dekat meja :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment