Siri Original Tonton Yang Terbaharu, 'Pontianak 100KG' Bakal Temui Penonton 5 April Ini
Kedatangan pontianak yang lebih ganas dan lain daripada yang lain.
Kebiasaannya, apabila gambaran hantu pasti ciri-ciri seperti kurus, rambut panjang dan menyeramkan adalah antara yang paling biasa
Namun, dalam siri original Tonton yang terbaharu, ‘Pontianak 100KG' menampilkan kelainan yang tersendiri.
Naskhah ini dibawa oleh Aya Amiruddin sebagai pontianak yang ‘mengganas’ di sebuah kampung berbadan besar dan beratnya mencecah 100KG.
Yang paling merungsingkan adalah pontianak ini sering mengganggu penduduk kampung di waktu malam untuk mencari makanan dan suka menghabiskan semua makanan.
Image via Tonton
Pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk membanteras masalah pontianak ini namun tiada yang berkesan
Walaupun pelbagai usaha telah dijalankan oleh penduduk kampung yang diketuai oleh Pak Bayang dilakonkan oleh Kazar Saisi, namun semua menemui jalan buntu kerana pontianak itu masih berkeliaran serta berleluasa di kampung itu.
Dharma lakonan Mathni Razak, Mark Adam sebagai Salleh dan Wanns Ahmad sebagai Malik adalah pemuda-pemuda kampung yang tidak membantu langsung dalam memberikan sumbangan idea bernas sewaktu perbincangan bersama.
Kehadiran Jibam lakonan Ady Mohammad yang lebih proaktif berbanding pemuda lain memberi sinar kepada Pak Bayang, namun lain pula jadinya apabila tercetusnya konflik lain.
Image via Tonton
Persoalan besarnya adalah mampukah penduduk kampung ini menyelesaikan masalah serangan Pontianak 100KG?
Jangan terlepas untuk menyaksikan siri original Tonton yang terbaharu ini di platform penstriman Tonton melalui www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment