seismik

Program Masakan Dapur Tempur Ra-Ra Kembali Lagi, Tampilkan Kelainan & Lebih Mencabar

Medan pertempuran Dapur Tempur Ra-Ra kini lebih meriah dan mencabar.

Cover image via TV9 (Facebook)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Program realiti masakan Dapur Tempur Ra-Ra edisi istimewa sempena bulan Ramadan dan Raya di TV9 kini kembali lagi dengan persaingan yang lebih sengit dan meriah

Telah menghiburkan penonton sejak 26 Mac lalu, Dapur Tempura Ra-Ra menyajikan medan pertempuran bersama lima pasukan duo keluarga selebriti menentang lima pasukan keluarga teratas daripada musim pertama.

Program realiti memasak bersiri 5 episod ini akan menampilkan Yasmin Hani sebagai hos dan cef selebriti, Dato’ Cef Ismail bersama penerbit dan pengarah terkenal, Michael Ang diangkat sebagai juri tetap.

Image via TV9 (Facebook)

Musim terbaharu dihangatkan dengan penampilan lima pasangan keluarga selebriti tanah air bertempur bersama finalis Dapur Tempur musim pertama

Lima pasangan selebriti terkenal tanah air yang akan bertanding adalah pasangan bapa dan anak “Bapak Borek Anak Rintik” (Norman Hakim dan Danish Hakim), pasangan ibu dan anak “Hot Chicks” (Aishah dan Farahdhiya), pasangan kakak dan adik “The Sizzling Sisters” (Umie Aida dan Betty Rahmad), pasangan suami dan isteri “Dap Err” (Bell Ngasri dan Farhana) dan pasangan ibu dan anak “Double Trouble” (Nabila Huda dan Keisha Laila).

Pasangan selebriti itu akan berentap bersama para finalis Dapur Tempur yang menempah nama di tangga lima teratas musim lalu iaitu pasangan suami isteri “Masam Manis” (Syed Abdul Muiz Syed Zulkifli dan Nor Arieni Adriena Mohd Ritzal), pasangan kakak dan adik “Seketul Rasa” (Idziatul Shima Samarudin dan Muhammad Hanis Samarudin), pasangan bapa dan anak saudara “Pendekar Malaya” (Irfan Hariz S Miswandi dan Mohd Haizal Ismail), pasangan ibu dan anak “Sudap Sudip” (Halifah Jaafar, dan Muhammad Ariff Haron), dan pasangan abang dan adik “Zest” (Mohd Hafzy Mohd Yusof Senusi dan Norhaiza Mohd Yusof Senusi).

Image via TV9 (Facebook)

Istimewanya juga untuk musim ini, setiap minggu akan mempertandingkan dua pasangan iaitu pasangan finalis Dapur Tempur musim lalu dan pasangan keluarga selebriti berlainan untuk menyediakan dua hidangan mengikut tema yang diberikan.

Namun, kemahiran memasak mereka diuji dengan pelbagai cabaran menarik untuk menghangatkan lagi medan pertempuran memasak dalam Dapur Tempur Ra-Ra.

Antara cabaran yang perlu dilalui peserta adalah Simpul Kasih di mana peserta perlu memasak dalam keadaan tangan mereka diikat bersama pasangan masing-masing manakala cabaran Tiru Macam Cef memerlukan peserta menyediakan hidangan yang telah disediakan oleh Cef Ismail tanpa mengetahui resipinya.

Berasaskan tema yang berkonsepkan aneka juadah makanan sahur, berbuka puasa dan hidangan raya, peserta akan dinilai dari segi rasa, kreativiti serta persembahan hidangan.

Dapur Tempur dibawakan oleh rakan penaja NONA “Jom #NONAKanRamadanmu, Semudah Cara, Seenak Rasa, Pelbagai Selera”

Sebagai rekod, kru penerbitan Dapur Tempur Ra-Ra diketuai oleh Intan Noorbaizura Aliuddin selaku Penerbit Eksekutif, dan Siti Rahmah Hassan selaku Penerbit. 

Jangan terlepas untuk menonton Dapur Tempur Ra-Ra yang akan bersiaran pada setiap hari Ahad, jam 8.30 malam di TV9 dan strim secara langsung dalam HD di www.tonton.com.my serta YouTube TV9 Malaysia.

Pasukan jaguh memasak mingguan manakah yang akan mengambil alih takhta ‘juara’ Dapur Tempur kali ini?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: