seismik

[VIDEO] Individu Terkunci Dalam Tandas Sebelum Berbuka, Komen Netizen Pula Curi Perhatian

Kesian betul terperangkap dalam tandas.

Cover image via @hritzaimn (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.


Pasti kita pernah mengalami momen yang menyebabkan kita berasa panik dan cemas kan?

Insiden itu menyebabkan kita akan teringatnya sampai bila-bila dan juga lucu bila diingati kembali. 

Terbaru, tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang individu terperangkap di dalam tandas telah meraih tumpuan ramai. 

Lihat video perkongsian itu di bawah:

@hritzaimn Bukan sengaja tak pergi tarawih mama #fyp original sound - Ritzz

Terperangkap dalam tandas sebab pintu tersekat

Menerusi video yang dimuat naik oleh @hritzaimn, kelihatan seorang individu telah merakam dirinya yang terperangkap di dalam tandas. 

Dapat dilihat dalam video berkenaan, dia cuba untuk membuka pintu tandas tersebut berulang kali namun tidak berjaya. 

Dia cuba membuka pintu berkenaan dengan memegang kunci dan juga penyangkut di pintu itu namun gagal kerana pintu itu tersekat menyebabkan dia tidak dapat menunaikan solat tarawih pada malam itu.

Situasi itu menyebabkan dia menjadi panik dan cemas serta menjerit meminta tolong untuk ahli keluarganya membuka pintu tersebut. 

"Sebab itu aku selalu bawa telefon dalam tandas" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini mencecah sehingga 647.8K views, 44K likes dan 271 comments di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan situasi yang berlaku pada individu ini. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Dah boleh keluar dari tandas ke belum tu?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: