seismik

Tular Kereta Myvi Kena Langgar, Tapi Mangsa Sempat Selfie Dulu Ini Curi Tumpuan

Sempat lagi ya nak selfie.

Cover image via @isusemasaviral (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kemalangan jalan raya melibatkan pelanggaran dua kenderaan atau lebih yang sering berlaku menyebabkan kadar kes kemalangan di jalan raya negara kita semakin meningkat

Sesiapa sahaja yang terlibat dalam kemalangan kereta, pasti akan menyebabkan kita menjadi panik, cemas dan terkejut.

Namun, lain pula yang jadi apabila tular dalam sebuah video yang menunjukkan sekumpulan wanita terlibat dalam kemalangan telah meraih tumpuan ramai.

Lihat ciapan itu di bawah:

Sempat ambil selfie walaupun accident

Menerusi ciapan berkenaan, kelihatan lima wanita sedang mengambil gambar selfie di lampu isyarat dan kesemua mereka memakai pelitup muka.

Yang menariknya, terdapat dua kereta di jalan tersebut yang dilihat terlibat dalam kemalangan dan disyaki merupakan kereta mereka.

Dua kereta berkenaan merupakan kereta perodua Myvi dilihat berlanggar sesama sendiri daripada arah bertentangan. Mujurlah tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan.

“Selfie bukti Myvi langgar Myvi tak ada hal masih boleh berbaik & tenang haha” - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberi pelbagai reaksi yang mencuit hati mengenai kemalangan tersebut.

Susulan tularnya ciapan itu, kini ia meraih sehingga 985 retweets, 2,102 likes dan 16 comments di Twitter.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Mungkin kawan lama tak jumpa kot, tu yang nak tangkap gambar sebagai kenangan :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: