seismik

[VIDEO] Tersilap Order Air Sirap Dalam Jag, Gelagat Gadis Ini Cuit Hati Netizen

Apalah nasib adik ini tersilap order satu jag haha.

Cover image via

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kedai makan selalu menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk menjamu selera dan meluangkan masa bersama orang tersayang

Kebiasaannya kedai makan lah menjadi tempat lepak dan juga berbual bersama keluarga serta kawan-kawan.

Baru-baru ini, tular dalam sebuah video yang menunjukkan gelagat seorang perempuan di sebuah kedai makan telah meraih perhatian netizen.

Lihat video perkongsian itu di bawah:

@biieeyla

Satu jug sirap na

bunyi asal - bel

Abang kedai tersilap dengar order

Menerusi video yang dimuat naik oleh @biieeyla, kelihatan gadis itu hanya ketawa selepas dihantar satu jag minuman sirap di atas mejanya.

Katanya, abang di kedai makan itu tersilap mengambil order menyebabkan dia tersalah hantar satu jag dan bukannya gelas biasa.

Dapat dilihat pada resit dia memesan satu barli ais, teh o ais, sirap bandung ais berserta dengan satu sirap jag.  

Dalam video tersebut, kakak gadis itu merakam semua gelas minuman yang dihantar dan dilihat terdapat satu jag menyebabkan mereka tergelak dengan situasi berkenaan.

"Hahahahahaha ni kalau haus jugak time puasa tak tahu lah" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini mencecah sehingga 469.4K views, 42.4K likes dan 705 comments di TikTok, rata-rata netizen turut rasa terhibur dengan situasi ini.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Macam manalah adik ni, dah habis minum ke belum air sirap tu?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: