[VIDEO] Cari Alasan Tak Nak Pergi Sekolah, Adik Menangis Ini Buat Netizen Terhibur
Macam-macam alasan adik ini cari ya.
Masalah anak- anak yang enggan ke sekolah sering dihadapi oleh kebanyakan ibu bapa
Budak-budak biasanya akan meragam dan semestinya akan berlaku drama air mata terutamanya bagi anak sulung yang pertama kali masuk sekolah.
Baru-baru ini, tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang budak lelaki menangis sebelum ke sekolah telah meraih perhatian netizen.
Lihat video penuh itu di bawah:
Merengek sebab kena pergi sekolah
Menerusi video yang dimuat naik oleh @d4mnboy_, kelihatan budak lelaki itu menangis teresak-esak ketika mahu pergi ke tadika.
Difahamkan, budak lelaki tersebut sentiasa memberi pelbagai alasan setiap pagi semata-mata tidak ingin ke sekolah dan hari ini dia telah memberi alasan sakit perut.
Kerana tidak dilayan oleh ayahnya, dia menangis sebelum berangkat ke sekolah.
"Takpe dik terus kan bakat mu, kami pun dah pernah buat dulu" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan boleh relate dengan situasi ini.
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 492.2K views, 58.1K likes dan 808 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!