seismik

[VIDEO] Hantar Ibu Pergi Umrah, Kata-Kata Ibunya Sebelum Pergi Buat Ramai Sebak

Sedih betul ucapan ibu dia sebelum pergi.

Cover image via @kiisaragiiiiii (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kebiasaannya, jemaah umrah yang menjadi tetamu Allah SWT di Tanah Suci dihantar oleh ahli keluarga mereka untuk ke lapangan terbang

Menghantar ahli keluarga tersayang pergi menunaikan umrah pastinya dapat mencetuskan sebak kerana terpaksa berpisah dalam masa yang lama.

Terbaru, tular dalam sebuah video yang menunjukkan ibunya memberi ucapan selamat tinggal telah meraih perhatian netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

Minta maaf sebelum berangkat ke umrah

Menerusi video yang dimuat naik oleh @kiisaragiiiiii, kelihatan ibunya sedang dalam perjalanan di lapangan terbang untuk mengerjakan ibadat umrah.

Dalam video tersebut, ibunya mengucapkan kata-kata selamat tinggal dan meminta maaf kepada anaknya sebelum berangkat ke Tanah Suci.

"Ampunkan dosa mak ya, kalau mak ada buat salah apa-apa." kata ibunya sambil memalingkan wajah dan badannya.

Dapat dilihat di akhir video berkenaan, terdapat satu gambar yang memaparkan dia tidak dapat menahan kesedihan dan sedang menangis kerana kata-kata yang dilontarkan oleh ibunya itu.

"Kalau macam ni, saya pun nangis sekali kak" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut boleh relate dan ada juga yang berkongsi pengalaman mereka sendiri. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 167.5K views, 32K likes dan 204 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen netizen di TikTok:

Min pun tak dapat tahan sebak bila tengok video ini :(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: