seismik

[VIDEO] Anak Kongsi Rutin Ayah Lepas Pemergian Ibu, Netizen Ikut Simpati & Boleh Relate

Pemergian orang yang disayangi itu amat menyakitkan.

Cover image via @mashitahsedik (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kehilangan insan yang disayangi bukanlah sesuatu perkara yang mudah

Kehilangan seseorang yang kita sayangi merupakan satu perkara yang terlalu menyedihkan dan menyakitkan bagi semua insan tidak kira lelaki atau perempuan.

Ia mengambil masa yang sangat lama untuk membiasakan diri dengan kehidupan harian selepas kehilangan pasangan hidup yang dicintai.

Baru-baru ini, tular sebuah video seorang individu yang berkongsi rutin ayahnya selepas pemergian ibunya telah meraih perhatian netizen.

Lihat video perkongsian itu di bawah:

@mashitahsedik

Masih di bawah langit yang sama, cuma berbeza keadaan, alam dan rutin. Semoga mama ditempatlan di kalangan orang yang beriman. Semoga kami sekeluarga kuat dalam menempuhi bulan ramadhan tanpa mama tersayang. I love you mama abah.

bunyi asal - So7ea -

Rindu isteri, ayah duduk di kerusi malas setiap petang

Menerusi video yang dimuat naik oleh @mashitahsedik, kelihatan ayahnya sedang termenung selepas kehilangan isteri tercinta kerana kanser payudara. 

Dalam video tersebut, ayahnya sering membaca surah Yasin untuk ibunya sambil duduk di atas kerusi malas di hadapan pintu setiap petang. 

Dia berkongsi ayahnya juga bertanya tentang keadaan arwah ibu mereka sebelum berangkat ke surau untuk mengerjakan solat Maghrib. 

"Rindu yang paling sakit adalah rindu pada orang yang telah tiada" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut bersimpati melihat keadaan ayahnya. Malah, ramai yang boleh relate dengan situasi ini.

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 215.8K views, 22.3K likes dan 387 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen netizen di TikTok:

Semoga mereka sekeluarga tabah dalam menempuhi ujian ini. Amin :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: