seismik

Song Ji Hyo Berkomunikasi Menggunakan Sign Language Bersama Peminat, Warganet Ikut Terharu

Terkejut tahu Jihyo boleh bercakap bahasa isyarat.

Cover image via @sngmsyn (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bertemu dengan artis Korea merupakan impian penggemar Hallyu atau Korean wave

Apatah lagi memperoleh peluang untuk menghadiri acara dan berkomunikasi dengan mereka.

Terbaru, tular sebuah video yang menunjukkan pelakon Korea Selatan dan ahli Running Man iaitu Song Ji-hyo melayan peminatnya telah meraih perhatian warganet.

Lihat video penuh itu di bawah:

@sngmsyn song jihyo knew how to sign language, she use it to communicate with her fans she's really the sweetest and best girl!! #songjihyo # #fyp cardigan - Taylor Swift

Menggunakan bahasa isyarat Korea Selatan untuk berkomunikasi

Menerusi video yang dimuat naik oleh @sngmsyn, kelihatan Song Ji-hyo sedang berkomunikasi bersama seorang peminat OKU cacat pendengaran dengan menggunakan bahasa isyarat ketika sesi bertemu peminat.

Seperti diketahui, pelakon berusia 41 tahun itu telah datang ke Malaysia untuk menghadiri sebuah event iaitu Watson K-Beauty Feast yang dianjurkan oleh produk Glutanex di Sentul Depot.

Dikatakan peminat istimewa tersebut mempelajari bahasa isyarat Korea untuk berinteraksi bersama pelakon berkenaan.

Kata para peminat, bintang popular berkenaan berkemungkinan besar telah mempelajari bahasa isyarat sejak berlakon dalam filem The Intruder pada tahun 2020 bersama pelakon terkenal iaitu, Kim Mu-yeol. 

"Is everyone called Jihyo an angel? Because wow she is so kind & sweet" - Warganet

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet memberikan pujian tentang kebolehannya dan menyifatkan bintang terkenal berkenaan sangat ramah dan tidak kekok melayan peminatnya. 

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.2M views, 219.8K likes dan 1,007 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok.:


Min pun nak jumpa Ji-hyo jugak :(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: