[VIDEO] Tak Nampak Ibu Jemput Balik Sekolah, Reaksi Budak Ini Buat Ramai Boleh Relate
Kesian adik ini tercari-cari ibu dia.
Sesi persekolahan 2023 sudah bermula dan pastinya ramai ibu bapa dan penjaga yang sibuk dengan kehidupan pembukaan sekolah
Dengan pembukaan sekolah ini menandakan pelbagai telatah dan kerenah kanak-kanak yang akan memenuhi media sosial pada minggu ini.
Terbaru, tular sebuah video yang menunjukkan seorang murid yang tidak 'nampak' ibunya di sekolah telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Dah jalan depan ibu tetapi masih tidak perasan
Menerusi video yang dikongsi oleh @tabuan_comot, kelihatan dia sedang menunggu anaknya yang sudah balik di kawasan sekolah.
Akan tetapi, anaknya yang baru keluar dari kawasan sekolah itu tidak menyedari ibunya yang berdiri menunggunya.
Dalam video tersebut, kanak-kanak itu cuba mencari keberadaan ibunya dan turut berjalan di hadapan ibunya namun dia hanya berjalan melepasi ibunya tanpa menoleh.
Dia dilihat hanya menggeleng kepala apabila disapa oleh gurunya yang bertanya adakah ibunya sudah datang ke sekolah.
Dikatakan ibunya memakai baju serba putih menyebabkan budak lelaki ini tidak perasan akan ibunya yang berdiri di depan sekolah.
"Hahaha macam tu je dia lalu depan mak dia" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 294.5K views, 14.3K likes dan 191 comments di TikTok.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat keletah spontan budak lelaki ini. Malah, ada juga yang ingin melihat wajah ibunya.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!