seismik

Simbah Cat & Asid, Kereta Pengarah & Pelakon Mentega Terbang Diugut Penyerang

Bahayanya sampai kena ugut.

Cover image via @amerhadiazmi (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Filem kontroversi, Mentega Terbang terus menjadi bualan hangat selepas banyak memaparkan babak yang mengundang kemarahan orang ramai

Isu filem tersebut sedang hangat diperkatakan umat Islam kerana mengandungi babak didakwa seakan-akan mempersendakan Islam dan menyentuh sensitiviti umat Islam.

Mengisahkan seorang remaja beragama Islam, Aisyah, dengan ibunya, seorang penghidap kanser terminal, sementara bapanya merupakan liberal keagamaan, dan sering mempersoalkan soal hidup mati. 

Naskhah yang mengangkat topik agama dan kepercayaan ini menyebabkan kesemua krew filem tersebut dan juga pelakon-pelakon kini hidup dalam ketakutan.

Baru-baru ini, tular seorang individu berkongsi pengarah dan penulis skrip filem berkenaan menerima ugutan bunuh telah menarik perhatian ramai.

Lihat ciapan itu di bawah:

Kereta diserang simbahan cat dan asid

Menerusi ciapan di Twitter @amerhadiazmi, kereta milik pengarah dan penulis skrip filem kontroversi itu disimbah dengan cat dan asid serta ditinggalkan nota ugutan bunuh terhadap mereka dan keluarga.

Dapat dilihat kereta jenis Proton Saga berwarna merah dan Toyota Vios berwarna putih dipenuhi kesan simbahan asid serta cat berwarna merah dan hitam.

Nota bertulis 'Lu dengan family mesti mati' dan disertakan nota amaran 'Mentega Terbang jangan cabar agama Islam' itu telah ditinggalkan di dalam kereta.

Bukan itu saja, dikatakan keselamatan mereka turut terancam sekali lagi selepas menerima ugutan mesej sebaik saja membuat laporan polis.

"Oh no, this is really bad" - Netizen

Susulan tularnya ciapan tersebut yang kini meraih sehingga 4,849 retweets, 8,121 likes dan 100 comments di Twitter, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen terkejut dengan tindakan 'ekstremis' itu dan turut memberi pendapat mereka mengenai kes ini.

Berikut di bawah merupakan antara komen netizen di TikTok:

Risiko memang tinggi kalau buat filem yang sentuh isu agama dan bangsa ini. Semoga kesemua krew yang terlibat dalam Mentega Terbang berada dalam keadaan selamat.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

You may be interested in: