Lelaki Terkejut Beli Nasi Lemak Sambal Transparent, Tapi Komen Netizen Pula Curi Perhatian
Mungkin peniaga nasi lemak tu lupa agaknya
Nasi lemak merupakan makanan tradisi orang Melayu dan popular sebagai sarapan pagi yang menjadi kegemaran bagi rakyat di Malaysia.
Sajian ini merujuk kepada nasi yang dimasak bersama santan kelapa serta daun pandan bagi menambah rasa lemaknya.
Nasi lemak biasanya dihidangkan bersama telur rebus, timun, ikan bilis goreng, kacang goreng dan juga sambal.
Namun, baru-baru ini tular seorang lelaki berkongsi pengalamannya membeli nasi lemak telah meraih perhatian ramai.
Lihat ciapan itu di bawah:
Terbeli nasi lemak tanpa ada sambal
Menerusi ciapan berkenaan, kelihatan lelaki ini amat terkejut nasi lemak yang dibelinya untuk sarapan pagi disediakan tanpa sambal.
Katanya lagi, dia cuba untuk mencari dengan berharap sambal itu masih ada di bawah nasi lemak berkenaan namun ia hanyalah harapan palsu.
Kerana terpaksa, dia telah mengambil keputusan untuk menikmatinya bersama sambal frozen berikutan hanya diberi nasi lemak kosong, telur rebus dan ikan bilis goreng sahaja.
"Siapa suruh tak minta topping, dia bagi ala carte je ni" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberi pelbagai reaksi yang mencuit hati mengenai nasi lemak tersebut.
Susulan tularnya ciapan itu, kini ia meraih sehingga 812 retweets, 5,254 likes dan 70 comments di Twitter.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!