ARMY Malaysia Terkejut Lagu Tempatan 'Old Love' Dimainkan Dalam Live Jungkook BTS
Bangga sekejap bila dengar.
Para artis K-Pop kebiasaannya meluangkan masa menerusi sesi live di aplikasi perbualan untuk berinteraksi bersama peminat mereka
Baru-baru ini, kecoh dalam kalangan peminat BTS gara-gara salah satu video BTS Weverse live yang menunjukkan anggota kumpulan tersebut, Jungkook memainkan sebuah lagu ketika dia sedang berada di rumahnya.
Lebih mengejutkan, lagu yang dimainkan itu dipercayai adalah lagu Old Love nyanyian Putri Dahlia dan Yuji.
Menariknya, mereka adalah penyanyi tempatan yang sebelum ini pernah mencipta sensasi dalam media sosial dan juga di radio tempatan.
Lagu tersebut menjadi pilihan pendengar terutamanya remaja sebagai muzik background untuk menghasilkan video bertemakan romantik.
Jungkook memainkan lagu itu selepas ARMY Malaysia (fandom) membuat permintaan untuk mendengar lagu tersebut dalam live nya.
Tindakannya meletakkan lagu itu dalam playlist mengejutkan peminat
Menerusi perkongsian seorang peminat di Twitter @ysmnsuraya, gadis tersebut seakan-akan masih tidak percaya dengan pemilihan lagu yang dimainkan oleh penyanyi offficial soundtrack Piala Dunia 2022 itu.
Jungkook juga mencuri perhatian netizen dengan mengatakan bahawa lagu berkenaan telah disimpan dalam library playlistnya.
Perkara itu cukup mengujakan ARMY Malaysia kerana ia adalah satu penghargaan yang amat membanggakan berikutan disebut oleh bintang antarabangsa tersebut.
"Dah! Aku cari sekarang masuk dalam list aku" - Netizen
Susulan tularnya ciapan itu yang kini meraih sehingga 2,532 retweets, 7,897 likes dan 30 comments di Twitter, rata-rata reaksi peminat berasa terkejut diikuti rasa bangga dengan tindakannya yang memutarkan lagu lokal itu.
Malah, ada juga netizen yang turut menyatakan akan mencari untuk mendengar lagu tersebut.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!