[VIDEO] Titip Pesanan Berguna Buat Netizen, Teguran Auntie Purple Ini Curi Tumpuan Ramai
Betul apa kata aunty ini.
Pendidikan merupakan sesuatu yang amat penting untuk kemajuan dan pembangunan setiap masyarakat
Ia memainkan peranan yang kuat di dalam hidup kita untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik dan stabil.
Jika dahulu, mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sudah dianggap sijil tertinggi, tapi hari ini sekurang-kurangnya memerlukan masyarakat yang mempunyai diploma atau ijazah sarjana muda.
Ini kerana peningkatan taraf hidup yang semakin moden telah membawa kepada tahap pendidikan hari ini.
Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang wanita menitipkan pesanan dalam sebuah video telah meraih tumpuan ramai.
Lihat video perkongsian itu di bawah:
Ingatkan orang ramai tentang kepentingan menuntut ilmu
Menerusi video yang dimuat naik oleh @auntiepurple248, kelihatan wanita tersebut sedang berjalan sambil mengingatkan netizen supaya menitikberatkan pendidikan dalam kehidupan.
Dalam video berkenaan, dia berpesan jangan normalize kan 'budaya' tidak belajar dan tidak mempunyai SPM asalkan mempunyai banyak duit.
Wanita yang bahasakan dirinya sebagai Auntie Purple itu menekankan bahawa pendidikan itu amat penting dan memuji netizen.
"Pendidikan tu penting ya. Tak berpendidikan tapi berusaha cari duit tu sangat bagus. Tapi yang berusaha jadi orang yang berpendidikan itu lebih bagus. Kalau dapat jadi keduanya; berpendidikan dan berduit jauh lebih bagus!," tulisnya.
"Facts, education will change your life" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut yang kini mencecah sehingga 493K views, 60,7K likes dan 1,205 comments di TikTok, rata-rata netizen meluahkan pendapat bersetuju dengan kenyataan wanita ini.
Berikut di bawah merupakan antara komen netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!