[VIDEO] Tindakan Peniaga Bantu Lelaki Merayu Minta Makanan Buat Anaknya Ini Raih Pujian
Kesian tengok lelaki ini.
Kebanyakan rakyat Malaysia terhimpit dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu.
Peningkatan kos sara hidup telah menjadi penyumbang kepada ketidakcukupan pendapatan isi rumah menyebabkan rakyat terpaksa 'ikat perut' bagi memastikan perbelanjaan secara bulanan mencukupi.
Jika dahulu, rakyat masih lagi boleh berbelanja untuk membeli barang keperluan dan kehendak, tapi kali ini tidak lagi.
Terbaru, tular sebuah video seorang lelaki didatangi oleh seorang individu yang merayu meminta makanan di kedainya meraih perhatian netizen.
Lihat video perkongsian itu di bawah:Terpaksa buang 'ego' demi dapatkan makanan untuk anak
Menerusi video yang dimuat naik oleh @shafiqrazak46, lelaki tersebut merupakan bapa kepada 2 orang anak dan tujuannya adalah untuk memberi makanan kepada anaknya yang kelaparan.
Kerana simpati atas keadaannya, Shafiq dan seorang wanita dilihat memberi makanan berkenaan secara percuma kepada lelaki itu.
Katanya lagi, lelaki tersebut juga berjanji dia akan membayar semula makanan itu nanti selepas dia mempunyai duit.
Pemilik Ayam Gepuk Pak Agus itu mengatakan dia sangat respect lelaki itu kerana sanggup membuang ego untuk memberi anak-anaknya makan.
Di akhir video, kelihatan lelaki tersbeut menangis dan mengesat air matanya kerana terharu dengan pemberian makanan itu.
"Jangan kita judge keadaan dia sebab situasi masing-masing, asalkan tak mencuri dah la," tulisnya.
Susulan tularnya video tersebut yang kini mencecah sehingga 1.5M views, 81.1K likes dan 4608 comments di TikTok, rata-rata netizen berterima kasih dan mendoakan supaya perniagaan ini semakin maju.
Berikut di bawah merupakan antara komen netizen di TikTok:
“Bila kita rasa kita susah, ada lagi yang susah daripada kita” - Netizen
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!