seismik

"Nadhir SG Version"- Muka Mirip Pelakon High Council, Rider Grab Ini Buat Ramai Teruja

Macam sama tapi bukan dia.

Cover image via @wanlawickey (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Drama siri terbaru keluaran Astro Originals Projek: High Council mendapat sambutan yang luar biasa daripada para penonton

Fenomena yang dicetuskan oleh drama ini sepanjang tayangan 10 episod telah melonjakkan pelakon muda berbakat termasuklah teraju utamanya, Nadhir Nasar.

Terbaru, tular dalam sebuah video di TikTok mengenai seorang pekerja Grab di Singapura yang dikatakan mirip dengan pelakon Projek High Council iaitu Nadhir Nasar telah meraih perhatian ramai.

Lihat video perkongsian itu di bawah:

Berseloroh memanggilnya sebagai Nadhir versi Singapura

Menerusi video yang dimuat naik oleh @wanlawickey di TikTok, kelihatan pekerja Grab yang dilihat mirip seperti Juara Hero Remaja 2020 itu dilihat tersenyum malu dan memalingkan mukanya. 

Ketika sedang bermain telefon, dia telah disapa oleh seorang lelaki yang merakam mukanya apabila dikatakan sebagai Nadhir versi Singapura.

Wajahnya juga dikatakan mirip seperti rakan gandingan Nadhir Nasar dalam PHC iaitu pelakon dan penyanyi, Naim Daniel.

"Kembar terpisah ke ni?" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 76.6K views, 8,363 likes dan 87 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut bersetuju dengan kenyataan tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen netizen di TikTok:


Min pun nak pergi order Grab lah macam ini :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: