seismik

[VIDEO] Beri Salam Dalam Bahasa Melayu, Komen Netizen Pula Curi Perhatian

Biasanya orang cakap dalam bahasa Arab je.

Cover image via @affichaa (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Apabila berkunjung ke rumah orang lain yang beragama Islam, secara automatik kita akan mengucapkan salam

Ucapan 'Assalamualaikum' akan diberi apabila kita melawat sesuatu rumah sebagai cara untuk memberitahu tuan rumah akan keberadaan kita.

Terbaru, tular sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki memberi salam telah meraih perhatian netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

Memberi salam dalam bahasa Melayu dalam intonasi sama

Menerusi video yang dimuat naik oleh @affichaa, kelihatan seorang lelaki sedang memberi salam dalam bahasa Melayu ketika berkunjung di sebuah taman perumahan.

Dalam video tersebut, lelaki berkenaan mengucapkan salam yang diterjemahkan iaitu "salam sejahtera ke atas kamu" sebanyak dua kali sambil melihat telefonnya.

"Abang ni bagus. Dia berusaha dalam memartabatkan bahasa Melayu" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 266.0K views, 30.6K likes dan 418 comments di TikTok.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat tindakan spontan lelaki ini. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Memang kreatif sangat abang ini bagi salam, siap yang diterjemah.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: