[VIDEO] Bapa Apply Jadi Tukang Kebun Sekolah, Alasan Tak Nak Balik Lepas Teman Anak
Hebat betul ayah budak ini.
Ramai ibu bapa yang teruja menghantar anak-anak mereka untuk memulakan sesi pembelajaran ke sekolah pada waktu pagi
Terdapat juga gelagat spontan ibu bapa yang terjadi pada minggu pertama sesi persekolahan 2023/2024.
Baru-baru ini, tular sebuah video gelagat seorang lelaki yang menghantar anaknya ke sekolah telah meraih perhatian netizen.
Lihat video perkongsian itu di bawah:
Bukan setakat senamrobik tapi juga jadi tukang kebun sekolah
Menerusi video yang dimuat naik oleh @intanmasekh, kelihatan lelaki tersebut sedang melakukan pelbagai aktiviti sementara menunggu anak sulungnya pulang dari sekolah.
Dalam video berkenaan, lelaki itu berpakaian baju t-shirt putih dan seluar trek seperti guru pendidikan jasmani dan berdiri di hadapan barisan anaknya.
Dia dilihat telah menyertai aktiviti yang dianjurkan pihak sekolah iaitu senamrobik antara ibu bapa dan guru.
Selepas aktiviti pagi, lelaki berkenaan juga dilihat menjadi tukang kebun di kawasan taman tadika kerana tidak mahu meninggalkan anaknya.
"Millennials are great parents, breaking the generational tradition." - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat spontan lelaki ini. Malah ada juga yang tersilap ingat lelaki itu merupakan cikgu di sekolah berkenaan.
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 568.9K views, 47.6K likes dan 629 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!