[VIDEO] Konon Nak Healing Waktu Hujan, Tapi Anjing Pula Masuk Rumah
Dia nak tumpang berteduh sekejap tu.
Hujan lebat diikuti ribut petir dan banjir kilat akibat ketidaktentuan cuaca kebelakangan ini sering berlaku pada waktu petang dan juga malam
Ada sesetengah rakyat yang menggunakan cuaca hujan ini sebagai waktu untuk feeling healing sambil minum kopi. Ini berikutan waktu-waktu hujan dapat membuatkan kita rasa tenang.
Namun, lain pula yang jadi apabila tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang individu terkejut sewaktu tengah healing telah meraih tumpuan ramai.
Lihat video perkongsian itu di bawah:
Terkejut tiba-tiba anjing datang masuk rumah
Menerusi video yang dimuat naik oleh @fiddyalexander, kelihatan seorang individu sedang meluangkan masa dengan healing sambil duduk di dalam kawasan rumahnya pada waktu hujan lebat.
Dia yang duduk termenung sambil merakam hujan depan rumahnya itu tiba-tiba terkejut apabila seekor anjing muncul dan meluru masuk ke dalam pagar rumahnya untuk berteduh.
Perkara itu membuatkan dia terus berlari masuk ke dalam rumah kerana takut. Katanya, anjing itu pula yang meneruskan healing di tempatnya tadi menunggu sehingga hujan reda.
"Jangan disangka hujan yang tenang tiada anjing" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini mencecah sehingga 1.7M views, 212.7K likes dan 1,651 comments di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan situasi itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!