seismik

[VIDEO] Boleh Bercakap Dalam Loghat Kelantan, Peniaga Di Madinah Buat Netizen Teruja

Wow, lancar dia cakap loghat Kelantan.

Cover image via @amirhadijaaffar (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menunaikan ibadah haji atau umrah di Tanah Suci Mekah merupakan impian semua umat Islam

Selain daripada mendekatkan diri di rumah Allah, jemaah juga berpeluang untuk membeli-belah di sana. 

Terbaru, tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang individu berkongsi pengalamannya di sebuah kedai di Madinah telah meraih tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Cakap Kelantan sambil promote barang

Menerusi video yang dimuat naik oleh @amirhadijaaffar, kelihatan seorang individu telah merakam peniaga kedai kurma dan coklat di Madinah sedang fasih bercakap dalam loghat Kelantan.

Dapat dilihat dalam video berkenaan, peniaga itu sedang mempromosikan barangan di kedainya dalam loghat Kelantan.

Ini telah menarik perhatian jemaah haji Malaysia kerana peniaga itu bukan saja mampu berbahasa Melayu tetapi juga pandai bercakap Kelantan.

Kemudian di akhir video tersebut, dia juga disapa oleh seorang budak lelaki di luar pintu kedai itu yang boleh berinteraksi dalam bahasa Indonesia dan bertanya adakah dia ingin membeli barang di kedai tersebut atau tidak.

"Hahahaha memang lawak. Baru je balik dekat kedai dia ni, siapa lah yang ajar dia ni kan" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini mencecah sehingga 238.1K views, 13.9K likes dan 440 comments di TikTok, rata-rata netizen turut terkejut dan kagum dengan kebolehannya bercakap Kelantan. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Min pun terhibur tengok dia cakap Kelantan, mantap betul skill dia tu ya

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: