[VIDEO] Imam Hampir Kena Serang Dengan Orang Kurang Siuman, Tapi Mujur Sempat Mengelak
Mujur imam tu sempat elak kalau tidak tak tahu lah.
Bulan Ramadan sudah kunjung tiba dan ramai umat Islam yang sudah pasti ternanti-nanti kehadirannya untuk beramal dan beribadah
Pada bulan Ramadan ini ramai yang teruja ke masjid untuk menunaikan solat sunat tarawih secara berjemaah tanpa penjarakan fizikal.
Namun, lain pula yang jadi apabila tular dalam sebuah video yang menunjukkan insiden berlaku di sebuah masjid telah meraih tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Sempat elak walaupun tengah solat tarawih
Menerusi video yang dimuat naik oleh Si Rashid di Facebook, kelihatan seorang imam telah diserang oleh lelaki ketika sedang mengetuai solat jemaah di sebuah masjid di Kuantan.
Dalam video berkenaan dapat dilihat, imam berkenaan sempat mengelak ketika lelaki tersebut menuju ke arahnya di ruangan solat lelaki dengan selipar di kedua-dua tangannya.
Insiden itu dikatakan membabitkan seorang individu yang kurang siuman. Mujurlah tiada sebarang kecederaan atau kerosakan harta masjid dilaporkan.
"Nasib baik Tok Iman sempat mengelak. Kalau tidak masakkk" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberi pelbagai reaksi mengenai insiden berkenaan.
Susulan tularnya ciapan itu, kini ia meraih sehingga 1.3M views, 13K likes dan 4.9K comments di Facebook.
Berikut di bawah merupakan antara komen netizen di Facebook:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!