[VIDEO] Minta Air Ikat Tepi, Permintaan Lelaki Ini Undang Tanda Tanya Netizen
Pelik betul minta air ikat tepi masa Ramadan ini.
Bazar Ramadan merupakan 'syurga juadah' bagi semua untuk mencari hidangan berbuka puasa
Bazar Ramadan adalah pilihan terbaik kepada mereka yang tidak sempat memasak untuk berbuka puasa kerana kesibukan kerja.
Ramai juga yang ke bazar untuk membeli makanan yang ada khusus pada bulan Ramadan sahaja.
Baru-baru, ini tular dalam sebuah video apabila gelagat seorang lelaki ketika membeli di bazar Ramadan telah meraih tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Beli air keladi tapi request ikat tepi
Menerusi video yang dimuat naik oleh @apisdauz, kelihatan seorang pelanggan order air keladi ikat tepi ketika berkunjung ke sebuah bazar Ramadan.
Dapat dilihat dalam video berkenaan, lelaki itu dilihat menyapa peniaga tersebut dan cuba memberi pesanan dalam nada yang tegas menyebabkan peniaga itu cuak dan gementar.
Dalam video itu juga memaparkan lelaki berkenaan memberikan jawapan ikat tepi apabila ditanya oleh peniaga itu adakah ingin minuman tersebut diikat gantung.
Jawapan itu telah menyebabkan peniaga itu hanya melihatnya dengan penuh sinis dan seakan-akan 'faham' dengan jawapan itu.
" Apa, ikat tepi? Ini dah mengundang kecurigaan hahahahaha" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini mencecah sehingga 758.6K views, 86.1K likes dan 1,802 comments di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan situasi ini.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!