seismik

Tular Video Radhi OAG Tolong Tolak Kereta Rosak Tengah Jalan Raya Ini Buat Netizen Terharu

Baik betul dia tolak kereta, dah lah tengah panas terik.

Cover image via Anas Asnawi Gazali (Facebook)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum sedia maklum, OAG merupakan kumpulan muzik pop rock alternatif Malaysia yang menjadi kegilaan ramai pada awal tahun 1990-an

Kumpulan mereka dianggotai oleh Radhi, Qi, Nazrin dan juga Ammal yang terus aktif sehingga kini.

Namun begitu, terbaru tular dalam sebuah video apabila salah seorang ahli kumpulan tersebut iaitu Radhi menolong seorang wanita di jalan raya meraih tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tolak kereta rosak di tengah panas terik atas jalan raya

Menerusi video yang dimuat naik oleh Anas Asnawi Gazali di Facebook, kelihatan penyanyi terkenal itu sedang berlari ke kereta seorang wanita yang rosak di tengah kesesakan jalan raya.

Difahamkan, kereta wanita tersebut telah kehabisan bateri ketika menunggu lampu isyarat menyebabkan keretanya rosak di tengah jalan raya.

Dalam video berkenaan dapat dilihat, seorang lelaki berlari ke arahnya untuk memberikan bantuan dengan menolak keretanya dan lelaki itu adalah Radhi OAG.

Penyanyi itu juga dilihat mengetuk tingkap kereta wanita berkenaan dan berkata "saya tolak, saya tolak."


Kemudian, Radhi pergi ke belakang kereta wanita berkenaan dan menolak kenderaan tersebut seorang diri di bawah panas terik.

Di akhir video berkenaan, kereta tersebut berjaya ditolak ke arah tepi jalan.

"Respect betul lah. Tolong bukan depan kamera, langsung tak bawa cameraman" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji tindakan Radhi dan mendoakan kesejahteraan untuknya. 

Susulan tularnya ciapan itu, kini ia meraih sehingga 1.2M views, 11K likes dan 806 comments di Facebook.

Berikut di bawah merupakan antara komen netizen di Facebook:

Bagusnya dia tolak kereta waktu panas dah lah jauh pula tu :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: