seismik

Gelagat Lelaki Buat Content Buka Puasa Dengan 'Benda Manis' Ini Buat Warganet Terhibur

Terkejut tengok tiba-tiba muka abang tu ada.

Cover image via @isusemasaviral (Twitter)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sudah pasti ramai yang di sini tidak sabar untuk berbuka puasa kan?

Memilih menu juadah berbuka untuk membelinya di bazar Ramadan atau memasaknya menjadi satu kewajipan buat umat Islam.

Ramai yang menjadikan makanan manis antara juadah wajib kerana ia dapat meningkatkan kadar gula dalam darah dan tenaga selepas seharian berpuasa.

Terbaru, tular dalam Twitter apabila sebuah video yang menunjukkan POV berbuka puasa dengan makanan manis telah meraih tumpuan ramai.

Lihat video perkongsian itu di bawah:

Terhibur dengan gelagat seorang lelaki buat POV buka puasa

Menerusi ciapan berkenaan, kelihatan seorang individu telah menyajikan hidangan makanan manis bagi juadah berbuka puasa seperti buah kurma, variasi pencuci mulut dan biskut.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila kemunculan seorang lelaki di atas pinggan berwarna biru yang dihidangkan sebagai 'makanan manis' di atas meja.

Dia yang muncul secara tiba-tiba dilihat tersenyum dan tersipu-sipu malu memandang ke arah kamera sambil membuat muka comel.

"Astaga terkeluar balik kurma tadi" - Warganet

Susulan tularnya video itu yang kini mencecah sehingga 30.7K views, 630 likes dan 22 comments di Twitter, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat lelaki ini. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di Twitter:

Dah bersemut telefon min bila abang ni muncul, sebab manis sangat :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: