Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Siti Nurhaliza Dipuji Mahu Taja 20 Pasangan Buat IVF Untuk Yang Belum Ada Zuriat

Permohonan kini sudah ditutup.

Cover image via @ctdk (Instagram)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza Tarudin telah mengumumkan mahu membantu pasangan yang belum mempunyai zuriat

Menerusi posting di Instagram @nurjiwafoundation, beliau menawarkan tajaan kepada 20 pasangan yang layak untuk mencuba kaedah persenyawaan in-vitro (IVF).

Peluang tersebut dibuka menerusi Yayasan Nurjiwa itu hanya memerlukan suami isteri mendaftar di platform badan amal terbabit sebelum melalui tapisan awal.

Image via @ctdk (Instagram)

"Assalamualaikum, saya ingin berkongsikan berita gembira kepada semua pasangan yang telah lama mendirikan rumah tangga dan sedang berusaha mendapatkan cahaya mata.

"Kalian kini boleh memohon dalam program IVF Nurjiwa: Sempurnakan Sebuah Cinta dengan hanya penuhi kriteria diperlukan.

"Permohonan terhad kepada 20 pasangan sahaja. Selamat mencuba dan semoga impian anda semua jadi kenyataan," ujar Siti.

Namun, difahamkan kini permohonan telah pun ditutup oleh kerana mereka telah menerima ribuan permohonan pasangan untuk program berkenaan.

Image via @nurjiwafoundation (TikTok)

Lihat video itu di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment