Lelaki Mengadu Nasib Kena Belanja Teman Wanita Kuat Makan Sampai RM2.5K Sebulan
Aduhai, banyak sangat tu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Momen bercinta sememangnya perkara yang manis dalam hidup kita
Apatah lagi jika kita sudah lama bersama dengan pasangan kita. Pasti banyak masa yang terluang bersama.
Namun, perlu kita ingat agar untuk berwaspada dengan perbelanjaan untuk pasangan, lagi-lagi jika kita belum berkahwin dengan mereka. Takut makan diri pula nanti, jadi berbelanjalah mengikut kemampuan yang ada.
Lain pula yang terjadi dengan luahan seorang lelaki ini apabila terpaksa berhabis ribuan ringgit demi mengenyangkan perut buah hatinya.
Habis RM2,500 sebulan hanya untuk keluar makan bersama kekasih
Menerusi luahan di laman X, seorang lelaki berkongsi dia berbelanja RM2,500 setiap bulan hanya untuk makan sahaja bersama teman wanitanya.
Namun, di akhir bulan diri sendiri yang merana kerana kekurangan duit. Tambahnya, semasa dia bujang ia jauh lebih jimat kerana hanya makan sehari sekala.
"Duit makan every month RM2.5K, hujung bulan tinggal RM150 je. Ada Gf kuat makan cepat je habis duit. Masa single makan sehari sekali hmm," luahnya.
Susulan daripada itu, ada juga yang menasihatkannya agar lebih berjimat dan ukur baju di badan sendiri.
Malah, ada juga yang memberitahu ia sudah keterlaluan kerana wanita itu bukannya isterinya lagi.
Lihat komen-komen itu di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!