seismik

Kanak-Kanak Buat Hal, Tiba-Tiba Muncul Depan Ketika Pengantin Berarak - "Rosak Majlis"

Alamak, kesian dekat pengantin tu.

Cover image via @MALAYSIAVIRALLL (X)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Majlis perkahwinan merupakan majlis yang sangat penting buat bakal pengantin

Pada masa inilah ikatan cinta bakal pengantin akan diraikan oleh ramai tetamu yang hadir. Tentu sekali banyak persiapan yang sudah dilakukan.

Malah, rehearsal semasa perarakan juga menjadi perkara penting buat bakal pengantin. Iyalah, nak berjalan pun kena pandai ambil step betul tak?

Namun, baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan seorang kanak-kanak dengan selamba 'melintas' di hadapan pengantin telah menimbulkan kecaman ramai.

Lalu depan pengantin berarak, nasib baik abang datang tarik

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang individu sedang merakam momen ketika perarakan majlis pengantin ke pelamin.

Namun, tiba-tiba muncul seorang kanak-kanak dipercayai anak kepada individu yang sedang merakam berkenaan. Tetapi, dia hanya memanggil anaknya sahaja tanpa melakukan apa-apa.

Dia kemudian terkejut dan mempersoalkan bagaimana anaknya boleh sampai ke situ. Mujur saja abang kepada kanak-kanak tersebut menarik adiknya keluar ke arah lain.

Video itu telah mendapat perhatian ramai dan ada yang mengecam tindakan wanita berkenaan yang tidak menjaga anaknya.

Lihat video itu di bawah:

Harap jurugambar dapat gambar yang terbaik walaupun ada insiden macam tu :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: