[VIDEO] Makin Lama Makin Murah, Peniaga Beri Harga Seafood Tak Masuk Akal Agar Terjual
Memang murah sangat dah tu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Umum mengetahui, harga makanan berasaskan makanan laut memang mahal
Harga itu bersesuaian kerana proses penangkapan haiwan di laut agak sukar berbanding haiwan di darat.
Namun, baru-baru ini tular sebuah video memaparkan beberapa orang peniaga di Sabah yang bertungkus lumus menjual hasil tangkapan laut mereka.
Letak harga murah agar cepat terjual
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang individu semasa itu sedang berada di tepi jalan di Semporna, Sabah.
Dia kemudian terlihat beberapa peniaga di situ yang cuba untuk menjualnya pelbagai makanan laut. Difahamkan, mereka menjual makanan laut seperti kerang, ketam dan latok.
Malah, apa yang lebih mengejutkan individu berkenaan adalah harga yang diletakkan peniaga-peniaga di situ cukup murah. Mungkin kerana mereka mahu menghabiskan cepat jualan mereka.
Individu itu sempat membelinya dengan seorang peniaga namun, masih rasa bersalah kerana tidak dapat membantu dan membeli daripada mereka yang lain.
"Kesian sama dorang ni macam mana mahu bantu? Ramai-ramai mana yang berdekatan ke sini datang beli murah-murah saja," tulisnya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!