Netizen Terhibur Lihat 'Selipar Jamban' Di Arab Saudi Dijual Pada Harga Lebih RM5,000
Sampai dekat Malaysia jadi RM2 lebih je.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kebiasannya, kita akan memakai selipar jika pergi ke tempat yang tidak banyak berjalan dan santai sahaja
Ia kerana lebih mudah dan lebih ringan. Malah, sedap dan selesa juga pakai betul tak? Kaki kita terima pengudaraan yang baik.
Namun, pemakaian selipar ini perlu selari dengan tempat dan tujuan kita juga. Banyak jenis corak dan bentuk selipar di pasaran sekarang kita boleh lihat. Di Malaysia, selipar jenis getah kebiasaannya dijual lebih murah berbanding selipar biasa.
Tetapi, lain pula di Arab Saudi apabila selipar 'jamban' yang dijual dengan harga yang mahal di sana.
Selipar di letak dalam rak kaca dan eksklusif
Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan selipar getah tersebut dibawa keluar dari rak cermin kaca untuk dipamerkan kepada umum.
Difahamkan, selipar berkenaan menjadi trend pemakaian penduduk di sana. Ia dijual dengan harga 4,500 Riyals bersamaan RM5,609.
Video itu turut mendapat reaksi ramai yang memberikan komen mereka mengenainya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!