Pemain SRG Pilih Untuk Menyimpan Duit Dalam ASB Jika Menang MSC MLBB 2024
Sekalung tahniah buat pasukan Selangor Red Giants!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sejarah tercipta apabila pasukan Selangor Red Giants (SRG) dari Malaysia bergelar juara Mid Season Cup Mobile Legends Bang Bang (MLBB), MSC 2024
Mereka berjaya menamatkan penantian 7 tahun di bumi Arab Saudi itu. Pertarungan Grand Final menentang juara dunia M5 dari Filipina, Falcons AP Bren berkesudahan dengan kemenangan 4-3 memihak kepada SRG.
Menurut laporan, mereka menggunakan format ‘best of sevens’ itu, AP Bren seperti dijangka tampil dengan permainan kemas pada ‘game’ pertama, dengan ‘jungler’ KyleTzy atau Michael Angelo Sayson dan ‘gold laner’, ‘Super Marco’ atau Marco Stephen Requitiano yang menggunakan hero ‘Hayabusa’ dan ‘Roger’ menjadi penggerak untuk mereka mendapatkan kemenangan.
Salah seorang pemain beritahu akan menyimpan duit jika menang
Menerusi video tersebut, tular di TikTok apabila seorang lelaki sempat menemu bual seorang pemain dari Selangor Red Giants yang dikenali sebagai Sekys.
Dalam temu bual itu, lelaki berkenaan ada bertanyakan apakah yang dia akan lakukan jika menjadi juara jika memenangi wang kemenangan tersebut.
Dia kemudian terus menjawab akan menyimpannya kerana usianya yang masih muda. Malah, lelaki itu ada bertanyakan adakah dia akan membeli kereta dan dia memberitahu ia mungkin perancangan yang lain, tapi bukan dalam masa terdekat.
"For now memang nak simpan je dalam ASB.
"Kalau korang champion ke apa jangan terus rasa selesa comfort, teruskan hard work dan jangan give up," pesannya.
SRG, selaku pemenang MSC edisi 2024 turut membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM4.7 juta selain trofi MSC.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!