Lantang Bersuara Isu Di Kampung Sungai Baru, Pemilik Dakwa Situasi Sebenar Rafidah Ibrahim
Moga ada penyelesaiannya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini kecoh mengenai isu di Kampung Sungai Baru yang dipertahankan oleh Rafidah Ibrahim
Pelakon dan penyanyi, Rafidah Ibrahim tampil memuat naik videonya menyeru semua penduduk di Kampung Sungai Baru supaya kekal menetap di kediaman masing-masing.
Ia mengenai isu selepas pihak pemaju yang menawarkan pampasan bagi pewartaan pengambilan tanah kampung tersebut pada Jun tahun lalu.
Difahamkan, Rafidah yang merupakan salah seorang penduduk di Kampung Sungai Baru itu tampil mempertahankan tempat berkenaan.
Pemilik dedah isu sebenar mengenai Rafidah Ibrahim?
Menerusi video di TikTok, seorang pemilik telah mendedahkan situasi sebenar yang berlaku pada kampung berkenaan. Malah, dia juga mendakwa apa yang terjadi pada Rafidah Ibrahim.
Wanita itu mendakwa penduduk di situ sudah mendapat pampasan termasuklah Rafidah dan keluarga.
"Hentikanlah apa-apa fitnah yang disebarkan kerana kamu tidak duduk di situ, kamu tak faham. Kamu tak ikut apa perkembangan daripada awal.
"Tiba-tiba kamu muncul mengatakan kita ini yang JV dengan pemaju ini adalah orang yang tidak bertanggungjawab. Sudah berapa kali kita adakan mesyuarat.
"Yang sekarang duk bising rumah itu bukan nama kamu. Masa arwah nama mak bapa kamu. Semasa perjumpaan dulu ialah mak bapa kamu yang setuju.
"Pada saya, pampasan yang kamu dapat itu seimbang. Dulu mak bapa you beli rumah tu berapa, tak sampai pun RM10,000.
"Kalau you adik-beradik ramai, you kena bahagi, pembahagian tu memang you dapat sikit. Itu yang buat you tak puas hati. Tetapi sebenarnya kena bersyukur, "katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!