Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Skechers Jadi Penaja Rasmi Kasut Kontinjen Malaysia Ke Olimpik Paris 2024

Setiap atlet akan diberi tiga pasang kasut.

Cover image via @farihaarazak (X)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, Skechers diumum sebagai penaja rasmi kasut kontinjen Malaysia ke Olimpik Paris 2024 pada Julai akan datang

Menerusi ciapan daripada @farihaarazak di laman aplikasi X, kelihatan gambar berkenaan memapakan Setiausaha Agung MOM, Datuk Mohd Nazifuddin, Ketua Kontinjen (CDM), Datuk Hamidin Mohd Amin, atlet penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri serta dua lagi individu sedang memegang kasut sukan jenama Skechers.

Difahamkan, Skechers telah menjadi penaja rasmi untuk kasut kontinjen Malaysia ke Olimpik Paris 2024 yang akan berlangsung pada 26 Julai ini.

Image via @farihaarazak (X)

Menurut laporan Sukanz, setiap atlet akan mendapat tiga pasang kasut Skechers dimana salah satu pasang kasut yang diberikan adalah model Supersonic Max

Image via Skechers

Image via Skechers

Image via Skechers

Difahamkan, jumlah keseluruhan penajaan kasut oleh Skechers yang diberikan kepada Kontinjen Malaysia adalah bernilai RM194,290 (berdasarkan harga runcit).

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengumumkan bahawa mereka memberikan penghormatan kepada penerjun muda lelaki, Bertrand Rhodict Lises serta atlet pelayaran wanita, Nur Shazrin Mohamad Latif untuk membawa Jalur Gemilang ketika Kontinjen Malaysia berarak masuk pada pada upacara pembukaan itu nanti.

Skechers dan MOM mengharapkan kerjasama yang dimeterai oleh kedua-dua pihak dapat menandakan permulaan kepada kolaborasi jangka masa panjang untuk mempromosikan dan mengembangkan sukan tempatan secara bersama-sama.

Image via Sukanz

Image via Sukanz

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment