Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

SOLS Foundation Kumpul Dana Bantu B40 Melalui Pendidikan Percuma Dan Jaminan Pekerjaan

Jom sama-sama membantu!

Cover image via SOLS Foundation

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

B40 adalah kumpulan isi rumah terendah dan 40 peratus penduduk di Malaysia terdiri daripada golongan tersebut

Seringkali kita lihat ramai daripada kalangan B40 bertungkus lumus melakukan pelbagai pekerjaan demi menyara kehidupan keluarga mereka di Malaysia.

Disebabkan itu, SOLS Foundation ingin tampil bantu meningkatkan pendapatan golongan B40 sambil menyumbang kepada pembangunan negara.

Apa itu SOLS Foundation?

Image via SOLS Foundation

SOLS Foundation adalah yayasan yang bertujuan untuk membantu golongan B40 beralih kepada kumpulan isi rumah pertengahan (M40) dengan melengkapkan mereka dengan pengetahuan dan kemahiran untuk keluar daripada kemiskinan melalui kursus bahasa, kemahiran digital, pembangunan peribadi, serta sokongan pekerjaan dan keusahawanan.

SOLS Foundation juga menyediakan program pemerkasaan pendidikan, vokasional dan sosial (TVET) secara percuma kepada masyarakat di Malaysia.

1. Pendidikan Percuma untuk Komuniti B40

Image via SOLS Foundation

Penyelesaian pendidikan daripada SOLS Foundation menyediakan golongan belia untuk kehidupan pekerjaan melalui pendidikan berorientasikan kemahiran. SOLS Foundation mereka kandungan program pembangunan untuk B40 secara strategik untuk dijadikan rangka kerja teras organisasi.

SOLS Foundation percaya kandungan ini membolehkan B40 mencapai hasil transformasi dari segi pendidikan dan pekerjaan. Dengan sokongan anda, SOLS Foundation dapat menjadikan visi ini satu realiti. Sumbangan anda secara langsung dapat membiayai pendidikan yang berkualiti untuk B40, memperkasa individu untuk membebaskan diri daripada kitaran kemiskinan.

2. Makanan & Penginapan untuk Pelajar Akademi Solar

Image via SOLS Foundation

Akademi Solar dibawah SOLS Foundation menyediakan latihan percuma, penginapan dan perantisan untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran praktikal untuk pekerjaan pada masa depan.

Sokongan daripada anda akan memastikan pelajar Akademi Solar mendapat makanan yang berkhasiat dan tempat tinggal yang kondusif sepanjang pembelajaran mereka. Sumbangan anda dapat lebih lanjut meringankan beban kewangan keluarga pelajar dan meningkatkan keupayaan mereka untuk fokus kepada pembelajaran.

Semua graduan Akademi Solar akan layak untuk menerima tawaran pekerjaan di SOLS Energy dengan gaji lumayan. Bersama-sama kita memupuk generasi akan datang yang dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi Malaysia.

3. Bantuan Untuk Membina Semula Rumah Lisa

Image via SOLS Foundation

Lisa Binti Musa, 22, penduduk Kampung Selwej, Pos Kemar, Gerik, Perak, berdepan kejadian dahsyat apabila rumahnya dimusnahkan oleh gajah liar ketika terdapat enam orang berada di dalamnya.

Penduduk kampung lain juga mengalami kemusnahan yang sama. Lisa terdahulunya ialah pelajar Akademi Solar dan kini menjadi sukarelawan di sebuah pusat komuniti di Kuala Betis, Gua Musang Kelantan. Kerja sukarelanya memberi tumpuan kepada memberi kesedaran kepada kanak-kanak tentang kepentingan pendidikan dan membantu mereka memahami nilainya untuk masa depan yang lebih cerah.

Lisa memperoleh elaun bulanan yang sederhana sebanyak RM500 manakala ibu dan ibu saudaranya ialah penoreh getah yang menambah pendapatan mereka melalui penjualan buluh. Lisa dengan rendah hati meminta sokongan untuk membina semula rumah mereka kerana pendapatan keluarganya setiap bulan digunakan untuk perbelanjaan harian.

Sumbangan anda diperlukan!

Derma anda boleh memberikan sokongan yang konsisten untuk program pendidikan dan akses tenaga SOLS Foundation, secara tidak langsung memberi impak berpanjangan yang bermakna dan berkesan.

Sama ada untuk menyokong pelajar, menyediakan sumber pendidikan, perantisan, sokongan pekerjaan atau menyediakan akses tenaga kepada komuniti Orang Asli/Orang Asal, sumbangan anda dapat membuat perubahan positif dalam kehidupan penerima manfaat.

Tunggu apa lagi? Jom kita sama-sama mencipta impak yang berkekalan dengan menyalurkan sumbangan di sini.
Sokongan anda amat kami dihargai :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment