Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Sorry And Bye" - Ramai Geram Tengok Cara Gen Z Mesej Nak Berhenti Kerja Sesuka Hati

Macam tu je dia berhenti?

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Zaman sekarang, nak cari sesuatu pekerjaan bukanlah satu perkara yang mudah

Ada yang dapat dipanggil untuk temu duga banyak kali namun, masih gagal. Hal ini kerana persaingan yang semakin bertambah. 

Namun, jika kita mendapat sesuatu pekerjaan hendaklah kita menunjukkan sikap yang baik. Malah, jika anda terfikir untuk berhenti, nyatakan sebab dan ikut prosedur yang betul seperti memberi notis awal dan menyiapkan surat peletakan jawatan.

Baru-baru ini tular sebuah perkongsian selepas seorang pekerja dari 'gen z' yang sesuka hati berhenti kerja dalam tempoh masa yang dekat.

Tak jawab panggilan telefon, hilang tiba-tiba, tahu-tahu nak berhenti kerja

Menerusi platform Threads, seorang lelaki berkongsi perbualan mesej daripada seorang generasi gen z yang mahu berhenti kerja.

Lelaki berkenaan mendedahkan sikap anak muda yang dikatakan tidak datang kerja dan malah tidak menjawab panggilan telefon.

Apa yang lebih menggeramkan adalah individu tersebut dengan sesuka hati memberi mesej dengan memberitahu ingin meletakkan jawatan.

"Sorry and bye," tulis individu itu dengan ringkas.

Image via @afiqghazlvn (Threads)

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen juga mendapati netizen turut berkongsi pengalaman mereka yang pernah berdepan dengan situasi sama.

Malah, ada juga yang mengecam tindakan individu berkenaan kerana tidak mengakhirinya dengan cara yang sopan dan beradab.

Image via @afiqghazlvn (Threads)

Image via @afiqghazlvn (Threads)

Image via @afiqghazlvn (Threads)

Image via @afiqghazlvn (Threads)

Image via @afiqghazlvn (Threads)

Sekurang-kurangnya berhenti dengan cara dan ayat yang elok lebih baik :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment