"Struggle Nak Baca" - Pelajar Kongsi Cheat Sheet Tulisan Saiz Kecil Ini Curi Tumpuan Ramai
Wow! Boleh baca ke tu?
Cheat sheet merupakan nota ringkas yang ditulis dalam satu helaian kertas
Kebiasaannya cheat sheet ini digunakan apabila waktu peperiksaan yang membenarkan untuk membawa nota kaki.
Tetapi ada juga pelajar yang menggunakan cheat sheet ini sebagai nota untuk rujukan sebelum masuk ke dewan peperiksaan.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di laman sosial, apabila pelajar ini menunjukkan cheat sheet masing-masing. Tetapi tulisan kecil mereka pula yang menjadi perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Ingatkan tulisan dia dah kecil, rupanya ada yang lagi kecil
Menerusi video yang dimuat naik oleh @sxfffiyyyaaaa, kelihatan pelajar ini menunjukkan hasil cheat sheetnya dan rakan-rakanya.
Apa yang menarik perhatian adalah ketika dia menunjukkan kertasnya, ramai sudah menyangka tulisannya itu sudah kecil. Tetapi sebaik saja dia menunjukkan kertas rakan-rakannya, rupa-rupanya tulisan mereka lebih kecil daripadanya.
Lihat video progress ketika dia membuat cheat sheet di bawah:
"This exam actually memang allow everyone to make cheat sheet. Tapi trust me, time dapat paper kita kelam kabut ye nak salin jawapan" - Netizen
Ketika menulis artikel ini, kini ia telah meraih sebanyak 1.2M views, 162.1K likes dan 920 comments di TikTok.
Menjengah ke ruangan komen, mendapati rata-rata netizen berkata kemungkinan pelajar ini menulis kesemua nota dari buku teks. Malah, ada yang turut berkongsi pengalaman mereka ketika membuat cheat sheet itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @sxfffiyyyaaaa (TikTok)
Image via @sxfffiyyyaaaa (TikTok)
Image via @sxfffiyyyaaaa (TikTok)
Image via @sxfffiyyyaaaa (TikTok)
Image via @sxfffiyyyaaaa (TikTok)
Dulu min pun pernah buat cheat sheet ni. Tapi sayang satu nota pun tak masuk :')
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment