Suami Buat 'Surprise' Pakaikan Gelang Emas Dekat Si Isteri, Tapi Netizen Pula Pertikaikan
Bestnya surprise dia.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Untuk mengekalkan hubungan dalam rumah tangga, suami isteri perlulah menghargai antara satu sama lain dan melakukan perkara yang dapat membahagiakan pasangan
Sekali sekala luangkan waktu berdua anda bersama pasangan tanpa anak-anak kerana ini dapat mengeratkan lagi hubungan cinta anda. Sama seperti zaman anda dan dia dating dulu.
Pelbagai kejutan romantis juga boleh dilakukan untuk menghargai pasangan anda yang telah banyak berkorban demi keluarga tercinta.
Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang suami membuat kejutan kepada si isteri semasa dia sedang tidur mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Suami pakaikan gelang emas masa isteri tengah tidur dengan anak
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki yang dikenali sebagai Mizi Saaq itu sedang berada di dalam sebuah bilik dengan isteri dan anaknya yang sedang nyenyak tidur.
Dia kemudian secara perlahan-lahan mengambil tangan isterinya dan memakaikan gelang emas yang baru dibelinya itu.
Setelah memakaikan gelang emas tersebut, dia mengejutkan isterinya sebelum wanita itu menyedari terdapat gelang emas di tangannya.
Image via @mizisaaq (TikTok)
Image via @mizisaaq (TikTok)
"Kenapa aku senang bangun, kalau susah bangun mesti dapat banyak hadiahkan" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen meninggalkan komen negatif kepada pasangan tersebut.
Malah, ada yang menganggap mereka hanya berpura-pura berlakon. Namun, ada juga segelintir yang memberitahu agar menghentikan kecaman dan pandang dari sudut positif.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 917.7K views, 39.7K likes dan 531 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @mizisaaq (TikTok)
Image via @mizisaaq (TikTok)
Image via @mizisaaq (TikTok)
Image via @mizisaaq (TikTok)
Image via @mizisaaq (TikTok)
Yang penting isteri dia happy je dapat gelang emas tu ;)
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment