Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Suami Kantoi 'Modified' Kereta, Tak Pasal-Pasal Kena Tadah Telinga Dengar Isteri Bebel

Jaranglah orang lelaki tak suka makeup kereta kan?

Cover image via @mamydannini (TikTok)

Betul ke orang lelaki pantang tengok kereta kosong sikit, ada saja yang nak diubahsuainya?

Orang kata, kalau kita dah minat dengan sesuatu itu, kita sanggup berhabis duit semata-mata nak puaskan hati sendiri. Lebih-lebih kalau bercerita pasal kereta, orang lelakilah yang mempunyai minat untuk mengubahsuai kereta mereka supaya nampak gempak.

Begitulah yang terjadi kepada seorang lelaki ini apabila tular videonya di TikTok dibebel isteri gara-gara mengubahsuai kereta tanpa pengetahuan 'mem besar'.

Lihat video penuh itu di bawah:

Isteri perasan ada sesuatu yang lain dekat kereta, terus tanya suami buat apa tadi

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok milik @mamydannini, dia ketika itu secara spontan sedang merakam suaminya membawa masuk kotak ke dalam bonet kereta mereka.

Namun tidak lama kemudian, dia menyedari ada bahagian di keretanya yang lain dan telah diubahsuai. Akibat rasa geram, si isteri pantas bertanya kepada suami "hang pi buat apa tadi kat kereta ni?" sambil memukul suaminya.

"Makeup lah," jawab si suami. Sebaik saja wanita itu mendengar jawapan spontan suaminya, dia terus membebel non-stop dan tak pasal-pasal si suami terpaksa menadah telinga dan hanya mampu tersengih.

Image via @mamydannini (TikTok)

"Takpelah duit suami bagi suami happy sikit hasil titik peluh dia" - Warganet

Susulan tularnya video tersebut yang kini mendapat 435K views, 28.7K likes dan 552 shares di TikTok, rata-rata warganet terutamanya orang lelaki turut menyokong tindakan suami wanita itu dan berpendapat bahawa orang lelaki dan minat terhadap kereta memang tidak dapat dipisahkan.

Malah, ada yang siap berkata lebih baik suaminya makeup kereta daripada cari perempuan lain.

Antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Image via @mamydannini (TikTok)

Image via @mamydannini (TikTok)

Image via @mamydannini (TikTok)

Image via @mamydannini (TikTok)

Image via @mamydannini (TikTok)

Image via @mamydannini (TikTok)

Image via @mamydannini (TikTok)

Image via @mamydannini (TikTok)

Image via @mamydannini (TikTok)

Image via @mamydannini (TikTok)

Alahai, bertabahlah ya kak. Orang lelaki kalau dah minat tu memang susah nak kawal. Agaknya lepas ni apa pula yang dia modify ya? :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment