"Suami Pelindung Walau Ketiadaan Kita" Posting Instagram Hanis Zalikha Buat Ramai Terharu
Alhamdulillah. Untuk Hanis dikurniakan suami seperti Hairul Azreen.
Wanita mengandung sememangnya normal untuk berasa loya dan akan muntah beberapa kali dalam masa sehari. Namun sampai hari ini masih tiada sebab jelas mengapa berlakunya mabuk hamil.
Image via Sri Corner
Menurut laporan, sekurang-kurangnya 60 peratus daripada ibu-ibu mengandung bakal mengalami simptom mabuk hamil ini. Ianya adalah seperti loya, muntah-muntah, hilang selera makan, alah kepada sesetengah bau persekitaran, makanan dan lain-lain lagi.
Namun begitu, Pakar Kesuburan, Perbidanan dan Sakit Puan (O&G) Pusat Perubatan Tropicana iaitu Dr Nurhazinat Mohamed Yunus juga telah menjelaskan bahawa mabuk hamil tidak semestinya bermula pada awal tempoh kehamilan, sebaliknya berlaku sekitar minggu keenam dan boleh berakhir paling lewat ketika usia kandungan mencecah 16 minggu.
Image via Harian Metro
“Tahap keterukan mabuk hamil pula berbeza antara wanita. Ada yang langsung tidak mengalami mabuk hamil ketika usia kandungan enam atau tujuh minggu. Itu normal kerana mabuk hamil jarang berlaku pada peringkat awal.
"Ia mungkin hadir sekitar lapan ke sembilan minggu dengan rasa loya, mual, hilang selera makan dan kerap muntah," katanya.
Hari ini, artis tempatan terkenal tanah air iaitu Hanis Zalikha telah meluahkan rasa sedih dalam satu posting Instagram miliknya tentang apa yang pernah berlaku kepadanya ketika mengalami mabuk hamil saat mengandungkan Yusuf Iskandar
Perkongsian tersebut juga telah meraih perhatian orang ramai dan mendapat 186,132 likes ketika artikel ini ditulis.
Baca perkongsian penuh di bawah:
Menurut Hanis, kini dia sedar apa sebenarnya maksud "Suami adalah pelindung. Walau dalam ketiadaan kita, dia masih melindungi kita..."
Image via missviraltv
Sweetnya Hairul Azreen. Beruntung Hanis dikurniakan suami seperti ini. Alhamdulillah.
Pengguna Instagram juga turut meninggalkan komen-komen positif terhadap isu tersebut:
Image via Instagram @haniszalikha
Image via Instagram @haniszalikha
Ibu mengandung semua, boleh elakkan berbuat sedemikian:
Take note, para suami:
Leave a comment