seismik

"Fetish" Gambar Seksi Ibu Mengandung, Pesakit Maiesiofilia Mula Berleluasa Di Media Sosial

Jaga-jaga ibu mengandung di luar sana.

Cover image via Tribun News

Pernahkah anda mendengar perkataan 'maiesiofilia'?

Golongan ini mempunyai keinginan seksual yang pelik iaitu berasa ghairah apabila melihat wanita mengandung.

Gejala seksual golongan maiesiophilia semakin meluas dengan wujudnya media sosial. Hal ini kerana dengan hanya gambar, ia boleh merangsang nafsu seks golongan maiesiophilia ini, lagi-lagi gambar mereka yang sedang sarat mengandung.

Melalui tinjauan di Facebook, terdapat lebih 100 pages yang mengumpul dan menyebarkan gambar wanita berpakaian seksi termasuk ibu mengandung untuk melampiaskan nafsu serakah mereka

Image via Harian Metro

Memetik laporan Harian Metro, penghidap maiesiophilia ini aktif dengan menubuhkan groups di Telegram dan WhatsApp sebagai medium perkongsian video dan gambar ibu mengandung sebagai pemuas nafsu mereka.

Mereka juga menyebarkan gambar wanita tanpa keizinan malah identiti mereka juga dibongkar sehingga ada segelintir daripada mereka yang mahu menjejaki wanita-wanita itu.

Salah satu mangsa iaitu Hani, 29, berkata, gambar beliau ketika masih sarat mengandung telah tersebar di Facebook

"Gambar itu dirakam ketika saya mengandung anak sulung dan begitu teruja untuk memuat naik di Facebook tanpa berasa apa-apa kemungkinan kerana saya menutup aurat dan tidak memakai pakaian yang terdedah," ujar beliau.

Jelasnya, komen berunsur lucah dan melampau menyebabkan beliau menghantar mesej peribadi kepada Facebook supaya pemilik page itu memadam gambarnya

Walau bagaimanapun, individu tersebut enggan memadam gambar berkenaan malah menyalahkan dirinya kerana memuat naik gambarnya di Facebook.

"Dua hari selepas itu, page itu disekat oleh Facebook. Namun sehingga hari ini saya trauma dan tidak mahu memuat naik gambar lagi," katanya lagi.

Untuk mengesan penghidap maiesiofilia ini sememangnya sukar dan dinasihatkan golongan ibu untuk lebih berhati-hati apabila berada di tempat awam

Image via Elcolombiano

Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia, Dr Ahmad Rostam Md Zin berkata, maiesiofilia tergolong dalam masalah sakit mental yang menyebabkan keghairahan seksual tidak normal (fetishism) termasuk pedofilia (keinginan seksual bersama kanak-kanak), zoofilia (keinginan seksual bersama haiwan), dan necrofilia (keinginan bersama mayat).

"Perkembangan teknologi membolehkan golongan fetishism ini bergabung dan berkongsi tabiat mereka bersama-sama. Besar kemungkinan mereka boleh melakukan jenayah apabila kecenderungan mereka tidak boleh dikawal seperti mana kes penghidap pedofilia," kata beliau.

Dinasihatkan wanita hamil di luar sana untuk lebih berjaga-jaga ketika memuat naik gambar di media sosial dan sentiasa peka akan keadaan sekeliling

Image via tumblr.com

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Pedofil pun semakin ramai sekarang, berhati-hati semua:

Lagi cerita menarik dan inspiring di SEISMIK:

You may be interested in: