Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Suami Setia Jaga Isteri Sakit Barah Tulang - "Saya Tak Akan Biar Dia Sendirian Kesakitan"

Semoga isterinya cepat sembuh, InsyaAllah.

Cover image via @hmetromy (Instagram)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang suami setia menjaga isterinya yang sedap menghidap barah tulang tahap empat

Menerusi laporan Harian Metro, Muhammad Saifudin Salleh, 27, kini mengambil cuti demi menemani, menjaga serta menguruskan isterinya, Nurul Fatihah Noor Aslam, 25, yang menghidap barah tulang tahap empat.

Nurul Fatihah kini berada di Hospital Sultan Ismail (HSI) bagi menjalani kemoterapi dan penyakit yang dihidapi menyebabkan ketumbuhan membengkak pada bahagian tulang bawah mata kanannya.

"Tidak pernah terlintas dalam fikiran saya untuk tinggalkan isteri dan biarkannya sendirian dalam kesakitan, saya akan temaninya selagi diizinkan Allah SWT.

"Keputusan pemeriksaan awal negatif, tetapi kali kedua positif, sekali gus mengesahkan isteri menghidap barah.

"Mulanya terkejut bila dapat tahu kerana dalam sejarah keluarga isteri, tiada yang menghidap barah namun kini, saya sudah reda.

"Isteri pula agak kecewa pada mulanya. Kini, dia juga lebih banyak termenung serta tidur,"
kata Saifudin.

Image via @hmetromy (Instagram)

Isterinya perlu menjalani pembedahan pada bahagian wajah disebabkan ketumbuhan sudah membengkak sehingga menutup mata kanan selain merebak ke sbahagian hidung dan mulut

Saifudin menambah, isterinya kini perlu menjalani tiga kitaran rawatan kemoterapi sebagai ikhtiar untuk merawat barah tulang tersebut.

"Doktor beritahu, kes isteri saya ini agak jarang berlaku kerana membabitkan bahagian mata dan dijangka perlu membuat pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Mengikut perancangan, doktor akan ambil kulit paha untuk ditampal pada wajah isteri dalam prosedur itu, namun pembedahan berkenaan hanya boleh dijalankan sebaik kemoterapi selesai.

"Buat masa ini, isteri perlu jalani kemoterapi dulu. Memandangkan keadaannya masih lemah, saya suapkan isteri makan, minum dan bantu mandikannya,"
katanya.

Image via Sirap Limau

Kekal tabah terima ujian di samping perlu menjaga seorang anak perempuan mereka

Muhammad Saifuddin berkata, dia tetap berusaha untuk kekal tabah kerana perlu memberi sokongan kepada isteri di samping tidak mengabaikan anak mereka, Nur Qaleesya Dania yang baru sahaja berumur setahun empat bulan.

"Saya juga dapat semangat daripada anak kerana mengenangkan usianya yang masih kecil dan syukur emak bantu menjaganya.

"Saya ada kongsi kisahnya di media sosial dan isteri gembira kerana ramai doakannya juga, selain ramai rakannya datang melawat.

"Berkaitan soal kewangan, saya bergantung kepada wang simpanan. Saya juga sudah mohon bantuan, antaranya daripada pusat zakat dan kini menunggu kelulusan.

"Saya juga risau tidak cukup wang memandangkan isteri kini perlu minum susu, jadi perlu sediakan bekalan susu buatnya," tambahnya.

Jika ada yang berhasrat membantu anda boleh salurkan sumbangan ke akaun Bank Islam di 06082023643007 atas nama Nurul Fatihah Noor Aslam.

Kami di SEISMIK mendoakan semoga saudari Nurul Fatihah diberikan kesembuhan dan dipermudakan segala urusan. Amin Ya Rabbal Alamin.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment