Rumah Milik Ibu Rosak, Individu Beri Peringatan Tidak Sewakan Rumah Kepada Nenek TikToker
Difahamkan, rumah tersebut mula disewakan pada tahun 2016.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebuah rumah rosak selepas diberi sewa kepada seorang wanita didakwa mempunyai masalah hoarding disorder yang juga dikatakan sebagai seorang influencer di TikTok
Menerusi perkongsian @ainapinkk di X, dia memberi peringatan kepada pemilik-pemilik rumah supaya tidak memberi sewa kepada seorang wanita berusia 62 tahun bersama suaminya yang berusia 60 tahun disebabkan berlaku kerosakan pada rumah milik ibunya.
Tambahnya lagi, pada awalnya dia hanya membuat keputusan berdiam diri untuk menghormati keputusan ibunya tetapi bagi memberi kesedaran kepada orang ramai dia membuat keputusan untuk mendedahkan hal ini.
Mengalami kerugian melebihi RM33,000 selepas penyewa tersebut merosakkan rumah berkenaan
Menurutnya, anggaran kerugian yang dialami melebihi RM33,000 dan ini termasuk bil TNB bernilai RM16,000, meter air dan paip dari Air Selangor dengan nilai kerosakan RM2,500 serta anggaran sewa yang tidak dilunaskan berjumlah RM13,000.
Dia berharap agar orang ramai yang memiliki rumah tidak mengulangi kesilapan mereka dan berhati-hati dalam memilih penyewa.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!