Cosplayer Jumpa Gambarnya Disunting Bogel Dengan AI, Dijual RM2 Sekeping Secara 'Online'
Gambar wanita itu telah disunting menjadi gambar bogel dan dijual di platform Tumblr.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang cosplayer membuat laporan polis selepas menemui gambarnya disunting menjadi gambar lucah dan dijual secara atas talian
Menerusi hantaran wanita tersebut di X, dia terkejut dengan penemuan gambar-gambar berkenaan dan percaya bahawa ia telah disunting menggunakan perisian AI.
Menurutnya, dia mendapati gambar-gambar tersebut dijual melalui platform Tumblr dengan harga RM2 untuk sekeping gambar dan RM18 untuk satu album penuh.
Bagaimanapun, dia dapat mengenalpasti identiti pelaku selepas menyamar sebagai pelanggan dan berjaya mendapatkan nama penuh bersama maklumat QR bank pelaku.
Menurutnya, walaupun menjadi cosplayer memerlukannya memakai pakaian yang terdedah, ia bukanlah lesen untuk sesiapa menyalahgunakannya
Wanita berkenaan menegaskan bahawa pakaian bukanlah isu kerana pelaku telah menyunting bukan sahaja gambarnya tetapi juga wanita lain yang berpakaian lengkap termasuk kanak-kanak bawah umur.
"Ya, saya sedar bahawa saya seorang cosplayer, dan ini (gangguan seksual) adalah sesuatu yang sering kami hadapi. Walau bagaimanapun, adalah salah di sisi undang-undang untuk menjual gambar bogel.
"Saya sangat benci dituduh menjual gambar sebegitu. Saya hanya seorang cosplayer yang gemar menunjukkan minat saya dalam cosplaying, dan saya sangat menentang mereka yang mencipta kandungan dewasa. Saya tahu batas saya," tambahnya.
Ketua polis daerah Petaling Jaya mengesahkan telah menerima laporan tersebut
ACP Shahrulnizam Ja'afar dalam kenyataannya pada 23 Januari memberitahu siastan sedang dijalankan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan.
Tambahnya, kes tersebut telah pun dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk siasatan lanjut.
Jika anda atau seseorang yang anda kenali berada dalam keadaan atau menghadapi gangguan atau serangan seksual, sila hubungi organisasi-organisasi di bawah:
1. WOMEN'S AID ORGANISATION (WAO)
Waktu operasi: 24-jam
Telefon: +603-30008858
SMS/WhatsApp: +6018-9888058
Website | Facebook | Twitter
2. ALL WOMEN'S ACTION SOCIETY (AWAM)
Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat (9.30am - 5.30pm)
Telefon: +603-78770224
WhatsApp/Telegram: +6016-2284221 | +6016-2374221
Email: [email protected]
Website | Facebook | Twitter
3. WOMEN'S CENTRE FOR CHANGE PENANG (WCC PENANG)
Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat (9am - 5pm)
Telefon: +604-2280342 | +604-3988340
WhatsApp: +6011-31084001 | +6016-4180342
Email: [email protected]
Website | Facebook | Twitter
4. SARAWAK WOMEN FOR WOMEN SOCIETY (SWWS)
Waktu operasi: Isnin (7pm - 9pm),Selasa hingga Khamis (9.30am - 11.30am), Sabtu (2pm - 4pm)
Telefon: +6082-368853
SMS/WhatsApp: +6016-5822660 | +6013-8044285
Email: [email protected]
Website | Facebook | Twitter
5. SABAH WOMEN'S ACTION-RESOURCE GROUP (SAWO)
Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat (9am - 5pm)
Telefon: +6088-280200 | +6011-27908020
Email: [email protected]
Website | Facebook | Twitter
6. PROTECT AND SAVE THE CHILDREN (PS THE CHILDREN)
Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat (3pm - 12am)
WhatsApp: +6016-7213065
Email: [email protected]
Website | Facebook | Twitter
7. INTERNET WATCH FOUNDATION (IWF)
Laporkan kandungan penderaan seksual kanak-kanak secara anonymous dan sulit di IWF's Reporting Portal.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!