Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Suka Sangat Minum Teh Ais Setiap Hari, Lelaki Ini Kongsi Punca Kaki Kena 'Potong'

Sebagai peringatan untuk kita semua.

Cover image via @kedidi_kakipalsu (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Malaysia merupakan negara yang mempunyai jumlah penghidap penyakit diabetes yang tertinggi di Asia, ia juga antara paling ramai di dunia selepas Arab Saudi

Sudah tentu ini amat merisaukan. Jadi, kita perlulah menjaga pemakanan dan minuman kita terutama sekali pada usia muda.

Hal ini kerana jika kita tidak menjaganya dari awal, ia akan memberi kesan di kemudian hari. Ramai saja anak muda yang mendapatkan penyakit kencing manis pada hari ini.

Seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang pak cik berkongsi punca kakinya dipotong telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Menyesal dulu amalkan gaya pemakan tidak sihat

Menerusi video tersebut, kelihatan lelaki yang dikenali sebagai Abang Azlan, itu telah menghidap penyakit kencing manis sejak 30 tahun lalu.

Semuanya terjadi apabila dia yang gemar minum teh ais dan teh tarik setiap hari tanpa mengira masa.

“Abang minat teh tarik. Pagi petang siang malam teh tarik, teh ais. Teh ais dalam kereta sentiasa ada. Habis je teh ais, sambung beli lagi,” katanya.

Malah, dia juga gemar minum air berkarbonat dan mengamalkan gaya pemakan tidak sihat seperti makan roti canai dan teh tarik pada pukul 3 hingga 4 pagi.

Penyakit diabetes yang dihidapinya mula menjadi serius selepas dia mengalami luka di bahagian kaki akibat terkena paku. Kesan penyakit kencing manis itu mula ketara apabila usianya mencecah 45 tahun.

Image via @kedidi_kakipalsu (TikTok)

"Nak makan manis tak apa janji tubuh banyak senaman" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan ada yang berkongsi pandangan mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.8M views, 54.5K likes dan 2,037 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Image via @kedidi_kakipalsu (TikTok)

Image via @kedidi_kakipalsu (TikTok)

Image via @kedidi_kakipalsu (TikTok)

Image via @kedidi_kakipalsu (TikTok)

Image via @kedidi_kakipalsu (TikTok)

Image via @kedidi_kakipalsu (TikTok)

Sama-sama kita ambil pengajaran jadikan iktibar.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment