seismik

"Macam Filem Papadom" - Video Anak Selalu Peluk Manja Dengan Si Ayah Jadi Perhatian

Comel lah.

Cover image via @knizamk1982 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Lumrah sifat bagi seorang bapa untuk menjadi pelindung bagi anak-anaknya terutama sekali anak perempuan

Malah, kebiasaaannya anak perempuan akan lebih rapat dan manja dengan si ayah berbanding dengan ibu mereka.

Situasi itu sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang ayah yang berkongsi beberapa keping gambar dan video memaparkan anaknya yang selalu memeluknya telah menjadi perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Selalu mengadu dan akan pergi ke ayah

Menerusi video tersebut, kelihatan dia berkongsi gelagat anak perempuannya yang dikenali sebagai Yaya. Difahamkan, sejak kecil lagi Yaya memang rapat dan manja terhadap ayahnya.

Walaupun sudah dia sudah meningkat dewasa, anak perempuannya itu tetap akan mencari ayahya tidak kira pada waktu sedih atau gembira seperti menunjukkan dia tenang berada di dalam pelukan seorang bapa.

Situasi itu ternyata membuatkan ramai orang menyamakan mereka seperti dalam filem popular suatu ketika dahulu iaitu Papadom.

"Nampak biasa tapi tak semua orang dapat" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.6M views, 210.3K likes dan 2,750 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Seronok sebenarnya dapat pelukan dari seorang ayah ni, rasa selamat je :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: