seismik

Anak Tanya Apa Itu Poligami, Reaksi Si Ayah Pula Terkedu Nak Jawab Pula Jadi Perhatian

Takut ayah nak menjawab.

Cover image via @matkuntum (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Islam adalah agama fitrah yang mengiktiraf kepelbagaian keperluan dan kehendak manusia dalam hidup berpasangan

Berasaskan kepada keadaan inilah Islam membenarkan poligami yang merupakan amalan masyarakat turun temurun sejak sebelum kedatangan Islam lagi.

Namun, ia juga adalah topik yang sensitif buat para isteri. Iyalah, siapa saja sanggup berkongsi kasih sayang suami bukan?

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan apabila seorang anak bertanyakan pada ayahnya apakah itu poligami telah mencuri tumpuan.

Lihat video itu di bawah:

@matkuntum kami poligamikan (kongsi) video ini #fyp #matkuntum #foryou original sound - Mat Kuntum

Anak tiba-tiba tanya pasal poligami

Menerusi video tersebut, kelihatan semasa itu lelaki berkenaan sedang minum air sebelum didatangi si anak.

Anaknya kemudian dengan selamba bertanyakan apakah itu poligami membuatkan dia terdiam seketika.

Dia kemudian menjelaskan, namun tiba-tiba muncul lesung batu dari arah depan. Membuatkan dia terpaksa menghentikan perbualan tersebut.

"Poligami tu macam origami lipat-lipat kertas dik" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi terhibur mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 677.3K views, 30.9K likes dan 2,814 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Jangan macam-macam dik, mengamuk mak awak nanti :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: