Influencer Luah Rasa Kecewa Pelanggan Tarik Tangan Mengamuk Sebab Makanan Habis Terjual
Dah orang ramai nak buat macam mana kak.
Sebagai seorang peniaga, tentu banyak saja ragam pelanggan yang akan dijumpai
Ada yang cerewet dan bermacam-macam lagi. Namun, servis haruslah tetap dijaga demi memuaskan hati pelanggan.
Tetapi, jika pelanggan sendiri yang 'naik kepala' siapa saja tidak marah bukan? Kita manusia ada had kesabaran sendiri.
Itulah yang berlaku kepada seorang influencer selepas dia meluahkan rasa kecewa ditarik oleh pelanggan sendiri kerana makanannya sudah habis dijual telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Pegang dan tarik tangan sebab tak puas hati makanan habis
Menerusi video tersebut, influencer yang dikenali sebagai Ojennn ketika itu sedang berada di sebuah pesta makanan di negeri Kelantan.
Difahamkan, dia menjual kunafa dan mendapat sambutan ramai sehingga ramai yang beratur panjang dihadapan kedainya.
Namun, salah seorangnya stafnya telah memberitahu pelanggan mereka bahawa makanan itu telah habis dijual. Dek kerana masih ramai yang beratur, Ojen sendiri turun dan memberitahu sambil meminta maaf kepada mereka yang tidak dapat membelinya.
Situasi itu membuatkan ramai yang kecewa, tetapi salah seorang pelanggannya dilihat 'mengamuk' dan bertindak menarik tangannya sehingga membuatkan dia marah.
"Mana adab. Tarik tangan saya, suara tinggi dekat saya cakap saya menipu, tahap limit sabar saya memang betul-betul dah hilang bila melampau macam ni," tulisnya.
"Dalam marah Ojen, ada lembutnya lagi, kalau aku tu tak tahan dah" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 3.1M views, 217.6K likes dan 5,117 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!