seismik

Confident Panggil Amy Search Dengan Nama 'Awie', Gelagat Wanita Ini Curi Perhatian

Aduhai kak, lawaklah.

Cover image via @qareraaaa (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa saja tidak gembira dan teruja apabila dapat berjumpa dengan selebriti kegemaran mereka bukan?

Kadangkala rasa teruja itu tidak boleh diungkap dengan kata-kata. Kebiasaannya, selebriti ini akan melayan peminat mereka dengan baik walaupun berjumpa di luar.

Namun, lain pula yang terjadi dengan wanita ini apabila dia tersasul memanggil nama vokalis kumpulan Search iaitu Amy kepada Awie telah mencuit hati ramai.

Lihat video itu di bawah:

@qareraaaa

Sorry abg amy. Kawan saya excited sangat sampai tersalah nama

Funny - Gold-Tiger

Tersilap panggil Amy Search dengan nama Awie

Menerusi video tersebut, kelihatan dua orang wanita sedang berada di dalam kereta untuk menuju ke sebuah lokasi.

Namun, mereka ternampak Amy Search ketika melalui di sebuah tepi jalan. Situasi itu membuatkan rakannya membuka tingkap dan memanggilnya.

Apa yang lebih mencuit hati adalah dia tersalah memanggil nama Amy dengan nama Awie sehingga membuatkan rakannya tergelak. Namun, Amy dilihat sempoi kerana tetap mengangkat tangan walaupun dipanggil nama yang berbeza.

"Haha wey dah lah dia pandang siap angkat tangan lagi" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat video tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 370.4K views, 20.5K likes dan 1,110 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Tutup muka, malu kak! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: