Dikecam Teruk Di Media Sosial, Wakil Kedai Manisan Arab Viral Ini Tampil Beri Penjelasan
Dah kena tutup dah.
Baru-baru ini, kecoh apabila kedai makanan viral di bukit bintang yang diarahkan tutup
Difahamkan, premis makanan itu diarah tutup selepas mendapati tiada permit yang sah. Kedai yang terkenal di tengah-tengah Bukit Bintang iaitu Zaitoun telah mencuri tumpuan ramai gara-gara challenge yang dilakukan kepada orang awam untuk mendapatkan kunafa secara percuma.
Namun begitu, disebabkan banyak persoalan yang timbul di media sosial, seorang wakil daripada premis berkenaan telah tampil memberikan penjelasan.
Lihat video itu di bawah:
Tampil beri penjelasan dirinya dan rakan ada hak berniaga
Menerusi video tersebut, lelaki berkenaan di media sosialnya menjelaskan isu mengenai kedainya yang menjadi sebutan ramai.
Dia yang juga salah seorang pekerja kedai manisan itu tampil menceritakan dia berasal dari Syria dan sudahpun berkahwin dengan orang tempatan.
Penjelasannya ini sekaligus dijadikan sebagai alasan dirinya dan rakan-rakan ada hak untuk berniaga di Malaysia.
"Haritu dia datang empat orang, Dia tanya berasal dari mana. Kami jawab dari Syria. Kemudian, dia beritahu warga asing tidak boleh berniaga di sini. Dia kata pemilik tiada lesen. Kalau tiada lesen, macam mana dia (pemilik) boleh buka premis di situ. Betul?"
"Dia siap tanya, ada premit ke tak? Visa mana? Sedangkan dia tidak ada hak untuk tanya semua itu. Saya ada visa dan saya berkahwin dengan orang sini, mempunyai dua orang anak," jelasnya.
"Berani bersuara dah warga asing sekarang ni" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai pandangan mereka mengenai isu itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 160.8K views, 3,018 likes dan 602 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!