“Anak Muda Kita Jiwa Kental” - Syed Saddiq ‘Back Up’ Graduan Bila Dituduh Memilih Kerja
Cayalah YB!
Betul ke graduan sekarang ini memilih kerja?
Sering kali kedengaran keluhan graduan bagaimana mereka sukar mendapatkan pekerjaan apatah lagi yang setaraf dengan pendidikan mereka.
Image via Amazon
Bukan itu sahaja, ada yang dah berjaya mendapatkan pekerjaan namun terpaksa lari dari jurusan yang diambil ataupun menerima gaji yang tidak setimpal.
Kadang-kadang itu semua terpaksa ditelan demi kelangsungan hidup.
Namun begitu, dilaporkan bahawa tahun ini sahaja wujud lebih 600,000 pekerjaan sedia ada di negara ini yang masih belum diisi
Memetik laporan Astro Awani, Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran menjelaskan di dalam Parlimen bahawa sejumlah 640,000 pekerjaan sedia ada kini ditawarkan di seluruh negara di mana lebih 150,000 pekerjaan diwujudkan tahun ini.
Image via Bernama
Tambahnya lagi, peluang pekerjaan tersebut bukan sahaja meliputi sektor 3D iaitu sukar, kotor dan berbahaya, malah merangkumi pengurusan, profesional serta juruteknik dan profesional bersekutu.
Sudahnya, graduan kembali dipersalahkan kerana dipercayai terlalu memilih pekerjaan
Timbalan Ketua Pengarah Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Prof Dr Mohd Cairul Iqbal Mohd Amin berkata perkara ini juga berpunca daripada kurangnya sambutan terutama dalam kalangan golongan muda, terhadap lambakan peluang pekerjaaan yang ditawarkan.
"600,000 bukan angka yang sedikit dan saya fikir mungkin bilangan graduan kita tak sampai 100,000. Jadi ada enam kali ganda peluang pekerjaan yang masih tak diisi oleh graduan kita," katanya kepada Astro Awani.
Image via Berita Harian
Tambahnya lagi, beliau turut menasihati para graduan supaya belajar mendengar dan menerima pembelajaran baharu untuk membolehkan mereka memenuhi kehendak industri
"Antara keluhan yang diperoleh dari industri adalah graduan mempunyai kepakaran dan sijil yang baik dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 4.0 yang sangat dibanggakan oleh semua. Boleh bercakap tetapi mereka tidak mahu mendengar.
"Mereka juga tidak bersedia untuk belajar sedangkan graduan harus kita keluarkan bukan sahaja mempunyai sijil dan boleh bercakap tetapi bersedia untuk belajar sepanjang zaman.
"Mereka juga perlu dengar dan memahami apa yang disampaikan namun graduan kita masih lagi mempunyai kekurangan dalam aspek itu," katanya lagi.
Perkara ini mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di laman Twitter miliknya
Tulisnya, dia memohon agar pihak tertentu tidak mudah menuding jari mencari siapa yang salah sebaliknya cuba mencari solusi atau sebab mengapa perkara ini terjadi.
Susulan itu, ramai yang memuji tindakan Syed Saddiq itu malah terdapat juga mereka yang memohon isu ini dibahaskan di Parlimen
Image via Twitter @SyedSaddiq
Image via Twitter @SyedSaddiq
Baca juga artikel ini
Leave a comment